RSS Suria

Suami muncul ketika tiada tempat bergantung, Serina selesa hidup sederhana… Seronok dapat hadiah cincin emas

TAHUN ketiga kembali bergelar isteri, pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang setia bersamanya ketika susah dan senang.

Memuji sikap suaminya iaitu Meor Mohammad Aidid, Serina, 41, turut berterima kasih atas pemberian hadiah cincin emas sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut di sebuah resort di Pulau Perhentian, Terengganu.

“Alhamdulillah tahun ketiga kami bersama sebagai suami isteri, banyak ujian. Fitnah dan tohmahan tapi saya bersama suami terima dengan reda dan sabar.

NP-47

Serina syukur dikurniakan suami bertanggungjawab.

“Terima kasih suamiku Meor Mohammad Aidid, sudi menerima diri ini ketika aku dalam kesedihan dan hidup kosong tanpa tempat bergantung harap dan bermanja.

“Terima isterimu seadanya. Terima kasih atas pengorbanan, doa dan semangat untuk isterimu berjaya dalam perniagaan dan percutian serta hadiah istimewa (cincin emas) sempena ulang tahun kelahiran. Love you so much, Imamku,†katanya.

Serina berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Serina tak lupa tanggungjawab sebagai ibu, setiap kali datang KL pasti jumpa anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan tumpang harta Chef Wan, Serina selesa hidup berdikari kini tenang di Perlis

Percaya dengan takdir Allah, Serina memberitahu dia selesa melalui kehidupan secara sederhana bersama suami tercinta.

“Kami di satukan atas takdir dan kehendak Allah, bayangkan kerja Serina sebagai artis dan suami polis di Perlis memang tak masuk akal kami boleh berkenalan dan ditakdirkan berkahwin.

“Itulah keajaiban dalam kehidupan, Kun Fa Ya Kun, tiada yang mustahil di sisi Allah, hidup bersederhana bersama suami, walaupun dia penjawat awam saya sentiasa bersyukur, dia bertanggungjwb pada rumahtangga, jadi Khalifah yang baik,†ujarnya.

NP-44

Serina dan suami bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Untuk rekod, Serina mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling, Selangor pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan, 14, dan Isabella, 13.

Serina kemudiannya berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top