RSS Suria

Suami pandang remeh aduan isteri suri rumah, enggan dengar alasan penat… Paling sedih dilabel tak pandai jaga anak!

MENJADI seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi apabila terpaksa berdepan kerenah anak kecil tanpa henti.

Namun apa yang lebih menyakitkan apabila pasangan sendiri gagal memahami dan menghargai segala usaha dan pengorbanan seorang isteridi rumah.

Seorang wanita berkongsi kisah sedih apabila dia berdepan konflik dengan suaminya selepas waktu Maghrib, hanya kerana dia meluahkan rasa penat menguruskan anak yang meragam.

Masalah komunikasi antara pasangan boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

“Sampai sekarang dia tak datang pujuk atau minta maaf lagi. Saya cuma mengadu anak meragam dan menangis tak berhenti.

“Saya cuma nak bercerita dan dia dengar apa yang saya nak luahkan. Tapi tahu tak apa yang dia jawab?Katanya apa yang susah sangatjaga anak ni? Dukung-dukung (pujuk) nanti dia berhenti la nangis.

“Rasa berkecai hati ni sebab cara dia cakap tu macam saya tak pandai jaga anak sedangkan saya dengan anak 24 jam,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak jadi nikah, ubah fikiran lepas bakal suami ajak tinggal serumah dengan ibu… Suruh faham status anak bongsu

ARTIKEL BERKAITAN:Baru habis pantang, isteri dan anak ditinggalkan suami kaki pancing 2 hari… Rasa berdosa jika halang ‘me time’

Kata wanita itu lagi, dia tidak mengharapkan sesuatu yang lebih daripada suaminya melainkan agar lelaki itu mendengar dan memberi sokongan moral, bukan mempertikaikan kemampuannya sebagai ibu.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian ramai netizen, khususnya kaum ibu yang turut berkongsi pengalaman dan nasihat.

Malah ada yang memberi cadangan berani agar si suami benar-benar merasa cabaran menjaga anak.

Kalau jaga anak tu senang kenapa setiap kali nak mandi mesti suami saya pesan jangan lama-lama.

NETIZEN

“Hari minggu nanti suruh dia jaga. Awak pergi me time sekejap. Nak tengok susah mana dia jaga anak tu nanti. Geram betul la.

“Kalau jaga anak tu senang kenapa setiap kali nak mandi mesti suami saya pesan jangan lama-lama. Tu baru nak mandi, acah je orang lelaki ni.

“Lain kali kalau anak melalak tantrum, awak letak depan suami lepas tu masuk bilik kunci pintu. Hati kena kering sikit. Dia ingat anak melalak ni tepuk-tepuk belakang bolehdiam kut,” komen beberapa netizen.

Komen netizen di media sosial.

Selepas dihujani pelbagai respons di media sosial, wanita ini berkata dia cuba memujuk hati denganmencari ruang peribadi buat diri sendiri.

“Terima kasih atas nasihat semuanya. Kalau la suami saya fahammacam awak semua faham, tak ada la saya nak kecil hati.

“Tapi itu la orang lelaki memang tak akan faham kita yang suri rumah ni. Saya pun dah beli tiket nak pergi tengok wayang lepas suami balik kerja, nak me time sorang-sorang,” jelas pengadu.

Scroll to Top