PENYANYI veteran Singapura Rahimah Rahim memaklumkan khabar duka suaminya iaitu Juraimi Taib meninggal dunia pada Khamis lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Remy dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun.
“Innalillahirojiun…Al Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya, Juraimi Taib (Remy).
Berita pemergian arwah dikongsikan Rahimah di Facebook miliknya.
“Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang ke Rahmatullah pada Khamis pagi, iaitu 15 Mei 2025,” katanya.
Rahimah berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada pagi Isnin.
Bagaimanapun Rahimah, 70, tidak menyatakan punca kematian Allahyarham termasuk butiran lain mengenai pemergian suaminya.
Dalam pada itu, Rahimah dan keluarga mengucapkan ucapan terima kasih buat sahabat serta mereka yang membantu memudahkan urusan pengebumian Allahyarham.
ARTIKEL BERKAITAN:Lagu Rahimah Rahim Untuk Simpanan ‘Library’
ARTIKEL BERKAITAN:Rahsia Cergas Rahimah Rahim Pada Usia 60 Tahun
“Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua sahabat dan famili yang banyak membantu saya dalam mengendalikan jenazah arwah,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Gadis dan Bunga itu memohon mereka yang mengenali arwah dapat memaafkan segala kekhilafan dilakukan Allahyarham sepanjang hidupnya.
“Kami juga mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan. Sekiranya ada sesiapa mengenali arwah dan jika ada urusan yang masih tertunggak, iaitu belum sempat arwah lunaskan, silalah DM saya secara langsung.
“Semoga roh Allahyarham Juraimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT,” katanya.
Antara foto kenangan Rahimah dengan arwah.
Untuk rekod, Rahimah mendirikan rumah tangga dengan Juraimi yang juga seorang pegawai bank pada tahun 1994.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Amalyn Aishah, 30 tahun.
Sebelum itu, Rahimah pernah berkahwin dengan Mohamed Noh Hussein pada tahun 1977 namun bercerai pada 1988.
Mereka dikurnikan seorang anak yang diberi nama Pearl Nur Hida, 47 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!