RSS Suria

‘Suami syaitan’ ikat isteri di sofa, paksa tengok ‘projek’ dengan skandal sampai selesai – “Makin saya jerit, semakin mereka gelak”

KISAHseorang guru wanita yang melakukan hubungan terlarang dengan lelaki bergelar ‘abang wiring’secara tak langsung membuka luka lama seorang wanita.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mendedahkan kisah silam rumah tangganya yang meruntuhkan jiwa dan maruahnya sebagai isteri.

Katanya, dalam keadaan diridiikatdi sofa, dia menjadi saksikecurangan suami sendiri yang tergamak melakukan seks di hadapan matanya.

“Mereka buat ‘projek’ depan aku. Cuma masa tu aku masih fikirkan mak dia yang sakit dekat kampung. Sakit memang sakit bila kita dah buat semua untuk suami.

Kes kecurangan dalam rumah tangga banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

“Tapi hati dikhianati memang hancur dan trauma. Satu lagi jangan la ‘back up’ orang yang dah terang-terang salah.

“Kita sama-sama doakan belah isteri dan anak-anak yang dianiaya tu kuat selalu,” ujarnya, merujuk kepada kes kecurangan guru dengan ‘abang wiring’.

Tambah wanita berkenaan, dia pada waktu itu memilih untuk tidak membuat laporan polis keranamengambil kira perasaan kedua-dua orang tua suaminya.

Namun, pengorbanannya itu tidak dihargai apabila dirinya digantung tidak bertali selama setahun sebelum diceraikan.

“Makin saya menjerit makin mereka gelak sambil buat benda tu (seks) tanpa fikirkan perasaan saya. Lepas mereka tidur, saya gigih balik kampung sehelai sepinggang.

ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu perempuan terlanjur dengan abang servis ‘wiring’, perbualan 18SX jatuh ke tangan isteri! – “Bagi saya peluang”

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh dayus biar isteri berselingkuh dengan ‘abang wiring’, bekas suami buka mulut… Cerai lepas 6 bulan kahwin, banyak kali kantoi!

“Demi Allah walaupun sudah empat tahun ni terjadi, tapi apa yang berlaku masih segar dalam otak (ingatan) saya.

“Saya bodoh masa tu tak buat laporan sebab masih fikir orang tua (mentua) dia dekat kampung. Saya hubungi mak mentuasuruh nasihatkan dia,” ujarnya.

Namun, sebaliknya berlaku apabila ibu mentua mengarahkan anaknya supaya dia diceraikanatas alasan memalukan suami.

Pengadu turut mengakui masih mengalami trauma dan dapat mengingati setiap detik hitam itu dengan jelas walaupun kejadian sudah empat tahun berlalu.

Malah sehingga kini dia tetap diganggu beberapa wanita yang mempunyai skandal dengan bekas suami selepas mereka berpisah.

Ya Allah tak boleh bayangkan kejam sangat buat dekat awak

NETIZEN

Perkongsian wanita itu meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati dan mengecam tindakan kejam bekas suami denganwanita terbabit.

“Ya Allah tak boleh bayangkan kejam sangat buat dekat awak. Kifarah tu ada. Semoga awak bertabah ya.

“Perempuan yang ‘main’ dengan dia depan awak tu macam mana masa tu? Dia gembira ke? Betul-betul syaitan la.

“Wey sampai tergamak buat depan mata tu dah tahap syaitan perangai. Manusia normal tak akan buat macam tu. Dah macam darkweb,” komen beberapa netizen di media sosial.

Sejak Ahad lalu, tular di media sosial kisah seorang pendidik yang didakwa curang denganseorang lelaki berstatus suami orang yang bekerja sebagai juruelektrik, dikenali sebagai ‘abang wiring’.

Komen netizen di media sosial.

Kisah tersebut mengejutkan ramai apabila perbualan berunsur lucah antara kedua-duanya tersebar, meskipun masing-masing sudah berumahtangga.

Susulan itu, pada Isnin, mStar melaporkan satu pendedahan dibuat bekas suami guru berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad Azraf.

Menurut Azraf, bekas isterinya telah menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit sejak September tahun lalu, sebelum mereka bercerai pada 24 Februari tahun ini.

Lebih mengejutkan, Azraf turut mendakwa bahawa hubungan sulit antara wanita itu dan ‘abang wiring’ bukanlah yang pertama diketahuinya sepanjang tempoh enam bulan perkahwinan mereka sejak 24 Ogos tahun lalu.

Scroll to Top