SETIAP orang membesar dalam suasana dan cara didikan yang berbeza.
Bagi pasangan suami isteri, perbezaan itu kadangkala menimbulkan masalah besar sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga.
Melalui situasi yang sama, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila dia terpaksa tinggal di rumah ibu mentuanya selepas kahwin.
“Bulan pertama kahwin perlu duduk di rumah yang dah penuh dengan perabot, macam-macam barang ada.
Keharmonian rumah tangga musnah apabila terdapat campur tangan ahli keluarga. -Gambar hiasan
“Impian aku nak sewa rumah kosong, bawa barang dari rumah bujang aku dan sedikit barang suami ke rumah sewa kami.
“Tapi sekadar rancang sahaja sebab suami tak setuju. Dia kekurangan bajet, aku pun tak kerja lepas kahwin,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Menurut wanita ini, dia terpaksa beralah dan menurut sahaja kata-kata suaminya kerana rumah terbabit dibayar secara perkongsian bersama dengan ibu mentuanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua – "Saya di Pantai Timur"
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda mahu simpan 1K sebulan lepas kahwin, nak segera beli rumah! Bakal isteri tak yakin, stres kena tinggal dengan mentua dulu
Namun selepas kakak iparnya yang dalam proses penceraian berpindah masuk bersama anak-anak ke rumah sama, dia mulai rasa tertekan.
“Rumah kecil jadi sendat, perangai masing-masing terpampanglah dan aku terkejut dengan cara keluarga suami.
“Mereka makan secara buffet, letak lauk di meja dan makanlah kat mana nak makan, depan televisyen, dapur, di lantai atau kat meja makan,” luahnya lagi.
- Terpaksa tinggal dengan ibu mentua lepas kahwin.
- Impian nak rumah sendiri tak jadi sebab suami tiada bajet.
- Rumah makin sesak apabila kakak ipar dan anak-anak pindah masuk.
- Rasa tertekan dengan cara hidup keluarga suami.
- Netizen sarankan pindah dan kembali bekerja.
Pada masa sama, dia membandingkan situasi tersebut dengan cara dia dibesarkan iaitu makan bersama meskipun adik-beradik ramai.
Menurutnya, paling sukar diterima adalah makanan yang tumpah ke atas lantai bukan sahaja tidak dikutip atau dibersihkan sebaliknya dipijak-pijak sehingga menjadi kotor.
“Awal-awal tu aku okay lagi, boleh bersihkan dan mop tapi lama-lama jemu juga.
Netizen menyarakannya untuk berpindah ke rumah sewa.
“Tabiat longgok kain dalam mesin basuh, apabila tiba masa aku nak guna, kena basuh baju mereka dulu dan jemur barulah boleh basuh baju aku.
“Pernah aku tak peduli dan basuh manual je tapi mak mentua complaint aku berkurung lama dalam bilik air,” luahnya.
Pernah membangkitkan perkara itu kepada suaminya, dia akhirnya terpaksa reda apabila lelaki terbabit hanya mendiamkan diri.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya memintanya supaya berpindah ke rumah lain atau kembali bekerja bagi mengelakkan rasa tertekan.
“Kalau dah macam tu, minta kakak ipar bayar rumah bahagian suami dan anda berdua boleh pindah.
“Keluar je dari rumah tu. Daripada awal hidup berdua tiba-tiba banyak pula masalah, takkan nak halau kakak ipar dengan anak-anak pula.
“Suami kau dah gagal sediakan salah satu nafkah wajib iaitu tempat tinggal yang selesa untuk isteri,” demikian reaksi warga maya.