RSS Suria

Sudah ‘potty train’ tapi berat mulut nak cakap! Wanita hilang sabar anak umur 4 tahun masih berak dalam seluar

SEORANG wanita menerima perhatian luar biasaselepas berkongsi kisahnya yang gagal mengawal emosi kerana penat menguruskan keluarga.

Dalam perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia ‘naik hantu’ selepas anaknya membuang air besar didalam seluar.

“Saya marah anak teruk hari ni. Punca pertamanya dia berak dalam seluar. Dia dah potty trained tapi apabila berak, dia berat mulut nak cakap.

Children looking for porn sites on tablet.

Urus anak bukanlah satu tugas mudah. -Gambar hiasan

“Padahal banyak kali pesan dan akan bagi reward kalau dia berak dalam tandas. Dah lebih lima ke enam kali dia masih berak dalam seluar juga.

“Dia anak lelaki umur empat tahun daripada dua beradik. Saya kesal dan marah-marah, jerit kaw-kaw kat dia,” ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Menurut wanita itu lagi, dia serba salah dengan tindakannya sehingga tumpah air mata ketika menulis kisah tersebut di media sosial.

Makan tumpah saya jerit, saya jentik dia… saya penat sangat dengan kerja.

IBU

Antara lain, dia mengakui tertekan kerana ada suadara menegur anaknya yang masih memakai lampin pakai buang walaupun sudah berusia empat tahun.

“Makan tumpah saya jerit, saya jentik dia. Saya penat sangat dengan kerja, dengan nak layan kerenah dia lagi.

“Saya taip ini sambil menangis sebab sayang dia sangat. Saya sedih tengok muka dia kena marah tadi. Tapi sya rasa macam naik hantu, saya tak tahu nak buat apa.

ARTIKEL BERKAITAN:Sekumpulan guru perempuan kerumun anak buah Sajat, tengking sambil tuding jari ke muka – “Nanti mak awak serang cikgu!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hidup susahkan orang, macam mak kau!” – Bapa tengking anak, marah keluar ikut ibu pergi jamuan tak bawa telefon

“Saya tertekan sebab dekat sekolah dah potty trained dan ada suadara yang tegur dia masih pakai lampin pakai buang lagi,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan nasib wanita itu yang perlu mengimbangi urusan kerja dan tanggungjawab menguruskan keluarga.

Namun, ada juga yang menegur wanita itu agar tidak terlalu berkeras mendidik anaknya.

Posed picture of child abuse for news. — YAP CHEE HONG/The Star

Kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi jika kerap dimarahi ibu bapa. -Gambar hiasan

“Dia masih umur empat tahun. Apa masalahnya kalau budak empat tahun pakai lampin?

“Kenapa nak push dia potty trained? Tak boleh paksa, dia dah ready baru train.

“Sedihnya baca. Rasa nak peluk anak puan,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top