MAHU melihat isteri sentiasa tampil cantik, pelakon Mas Khan memilih sendiri pakaian buat Anatasha Diana sewaktu mereka berbulan madu di Bali, Indonesia.
Mas atau Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, berkata, sepanjang berada di sana, semua pakaian yang digayakan oleh Anatasha dibeli dan mengikut cita rasanya sendiri.
“Satu hal tentang diri saya, semua pakaian isteri yang digayakan sepanjang pra bulan madu ini saya sendiri yang beli.
Ramai yang bertanyakan mengenai pakaian digayakan oleh isteri Mas.
“Kebanyakannya dari sebuah butik dan beberapa helai pakaian istimewa isteri saya dibeli dari Phuket,” katanya.
Mas berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan daripada pengikut di Instagram miliknya yang tertarik dengan penampilan isterinya.
Individu itu bertanya bagi pihak teman wanitanya yang mahu mendapatkan baju seperti dipakai oleh Anatasha.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua kali air mata gugur, Mas Khan sebak bergelar suami
ARTIKEL BERKAITAN:Majlis tunang meriah dan mewah, nikah 25.5.2025… Pramugari bakal isteri Mas Khan
Teruja melihat kebanyakan reaksi diterima daripada pengikutnya, Mas memberitahu dia berasa seronok dapat menggayakan sendiri isterinya dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang suka akan pilihannya itu.
“Ya, saya memang seronok menggayakan permaisuri (panggilan isteri) saya. Terima kasih kerana anda menyukainya,” ujarnya.
Untuk rekod, Mas mendirikan rumah tangga dengan Anatasha dengan sekali lafaz pada 25 Mei lalu.
Pelakon berkenaan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,497 selain RM20,000 sebagai wang hantaran kepada Anatasha.
Pengantin perempuan turut menerima seutas gelas emas.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策