SETIAP individu dibesarkan dengan cara dan suasana berbeza, mengikut latar belakang keluarga masing-masing.
Ada yang beranggapan anak yang ibunya bergelar suri rumah akan kelihatan lebih terurus kerana mendapat perhatian sepenuhnya.
Situasi berbeza bagi anak kepada pasangan berkerjaya kerana segala keperluan perlu diuruskan sendiri dan hanya dipantau dari ‘jauh’ sebagaimana perkongsian wanita ini.
Mengimbau kisah nostalgia zaman kanak-kanak dahulu, dia yang dikenali sebagai Syakira Afiqah mengakui pernah berasa cemburu dengan rakan-rakan yang ibunya tidak bekerja.
Tugas sebagai suri rumah bukanlah sesuatu yang mudah. -Gambar hiasan
“Aku anak mak yang bekerja, dulu kalau pergi sekolah memang cemburu betul dengan anak suri rumah.
“Selalu tengok mak mereka datang bawa bekal pada waktu rehat, makan sama-sama,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Melihat situasi itu, dia terus menganggap kanak-kanak yang kelihatan terurus dan terjaga penampilannya pastinya anak kepada suri rumah.
Paling beruntung adalah kanak-kanak perempuan kerana mereka akan sentiasa kelihatan cantik dan bergaya di samping hiasan rambut yang pelbagai.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi suri rumah sepenuh masa, wanita akui hilang keyakinan diri… Takut-takut nak bersosial risau nampak bodoh
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi ‘kejam’ seketika demi nikmati ‘me time’… Suri rumah berkurung lama dalam bilik, tak ambil tahu pasal anak di luar
“Kalau yang perempuan, rambut paling lawa tu mesti anak suri rumah.
“Dulu darjah satu hingga tiga tak pakai tudung,” tambahnya sambil membandingkan penampilan diri dengan rakan lain.
Menurutnya, dia pernah pergi ke sekolah dengan keadaan rambut tidak bersikat kerana ‘moody’.
Sekarang saya ibu bekerja, rasa kesal juga sebab tak dapat urus anak cantik-cantik.
WARGA MAYA
“Aku dulu kadang-kadang rambut tak bersikat semasa pergi sekolah.
“Salah sendiri ya sebab pagi-pagi selalu nak ‘moody’ tak tentu pasal, mengamuk tak sikat rambut,” imbaunya lagi yang kini bergelar suri rumah.
Bersyukur dengan kehidupannya masa kini, ujarnya, dia melihat peluang terbaik untuknya dirinya membesarkan anak-anak yang masih kecil.
Kebanyakan warga maya berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak.
Pada masa sama dia menjalankan bisnes dalam talian bagi menambah pendapatan keluarga.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya terutama mereka yang dibesarkan oleh ibu berkerjaya.
"Sama. Baju gosok sendiri, belajar ikat rambut sendiri walaupun tak kemas macam kawan-kawan lain, tapi mak saya tetap baik. Dia bangun awal pagi buatkan bekal, buatkan sarapan.
"Sekarang saya ibu bekerja, rasa kesal juga sebab tak dapat urus anak cantik-cantik.
"Saya membesar dengan mak bekerja. Kawan baik balik sekolah mak ada, makan minum terjaga. Dulu selalu rasa cemburu tapi apabila dah besar ni, baru faham," demikian antara reaksi warga maya.