RSS Suria

Syabas buat Jamal Abdillah… timang anak ketujuh pada usia 66 tahun

SYUKUR Alhamdulillah, pada usia 66 tahun penyanyi tersohor Datuk Jamal Abdillah dikurniakan limpahan rezeki apabila selamat menimang cahaya mata ketujuh yang dilahirkan pada pukul 9.38 pagi Selasa.

Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali memaklumkan isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, melahirkan bayi perempuan mereka seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Jamal turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

Jamal (tengah) merakamkan foto kenangan bersama jururawat di hospital.

Jamal (tengah) merakamkan foto kenangan bersama jururawat di hospital.

“Terima kasih untuk ucapan dan doa anda semua,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar.

Penyanyi lagu Gadis Melayu ini turut berkongsi video memaparkan dia sedang melaungkan iqamat pada bayi perempuannya itu.

Jamal dilihat gembira menyambut kelahiran bayinya itu dan tidak ketinggalan merakamkan foto kenangan bersama jururawat di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun dah tua…” – Jamal Abdillah kongsi digoda peminat, sentiasa ingat isteri dan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah rasa diri belum cukup layak terima Anugerah Biduan Negara… “Mungkin setahun dua lagi ke”

Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.

Bayi itu merupakan anak kelima hasil perkahwinan berkenaan termasuk Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani atau Zack, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 3, dan Rahil Laura Salsabila yang kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 23, dan Ahmad Zaki Yamani yang berusia 19 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top