RSS Suria

Syafeek Ikhwan tak segan jadi peserta ‘Big Stage Alpha’ paling tua, bersaing dengan Gen Z

PENYERTAAN dalam program Big Stage Alpha menjadi bukti masih belum terlambat untuk Syafeek Ikhwan mengejar impian menjadi penyanyi dikenali ramai.

Syafeek atau Muhammad Syafeek Ikhwan Ghazali, 37, berkata usia tidak pernah menjadi penghalang kerana dia yakin setiap individu mempunyai fasa dan rezeki berbeza.

“Nak diikutkan memang rasa agak lewat kalau difikirkan dari segi usia. Tetapi saya pun memulakan kerjaya dalam nyanyian hanya selepas saya pulang ke Malaysia sejurus menamatkan pengajian.

Syafeek masih mengejar cita-cita untuk menjadi penyanyi.

“Kemudian saya mula bekerja dan barulah saya fokus pada menyanyi pula. Fasa dan tempoh masa setiap penyanyi itu berbeza-beza.

“Mungkin sudah tertulis takdir saya (menyanyi) lambat sikit berbanding orang lain,” katanya kepada mStar.

Syafeek berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Big Stage Alpha yang diadakan di 8 Studio by Metal Bees Technology Park, Damansara, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Big Stage’ buat kelainan, tampil semua peserta lelaki

ARTIKEL BERKAITAN:Komen isu gangguan seksual disalah erti, Syafeek Ikhwan tak boleh terima dipanggil bodoh

Menjadi peserta paling berusia dalam program realiti hiburan itu, Syafiq memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan pesaing lebih muda.

“Saya pun ada ramai kawan yang lebih muda (Gen-Z) dan kerap bergaul dengan mereka. Insya-Allah okay dan dalam Big Stage Alpha ini, saya mahu bawa diri sebagai seorang yang lebih fleksibel.

“Jadi saya terbuka untuk berkawan dengan mereka yang matang atau masih muda. Tapi setakat ini, mereka okay saja. Malah bila pertama kali berjumpa peserta lain pun, ada yang percaya bila tahu usia sebenar saya,” ujarnya.

Bagi saya tiada apa yang perlu dimalukan sebab ia adalah proses perjalanan bagi seseorang penyanyi.

SYAFEEK IKHWAN

PENYANYI

Dalam pada itu, Syafeek mengakui tidak pernah timbul rasa segan untuk bersaing dengan peserta lain di meski pun mempunyai jurang perbezaan umur.

“Bagi saya tiada apa yang perlu dimalukan sebab ia adalah proses perjalanan bagi seseorang penyanyi itu. Lagi satu, saya juga sedar diri sebab kalau saya tidak sertai pertandingan yang besar seperti ini, siapa lagi yang akan mengenali saya?

“Mana tahu, di sini menjadi platform untuk saya lebih dikenali, lebih-lebih lagi bila terpilih sebagai antara 18 peserta bagi musim ini, ia satu peluang yang besar dan membanggakan,” katanya.

Selain Syafeek, 17 lagi peserta di Big Stage Alpha bakal merebut tempat untuk menjadi ‘boy band’ pertama naungan Astro.

Barisan peserta Big Stage Alpha.

Big Stage disertai oleh Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul dan Araff.

Turut bertanding Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.

Berlangsung selama lapan minggu, Big Stage Alphaakan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam bermula 27 April ini, setiap Ahad pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top