PENYANYI Syasya Rizal menyangkal dakwaan dia sedang berbadan dua seperti yang kecoh diperkatakan netizen.
Dakwaan tersebut timbul selepas melihat perubahan pada tubuh badan Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, dalam satu hantaran video di media sosial miliknya.
Bagaimanapun menurut bekas ahli kumpulan Dolla itu, perkara tersebut sama sekali tidak benar sebaliknya hanya andaian daripada netizen semata-mata.
Syasya terbuka jika dikurniakan anak lagi dalam masa singkat.
“Tidak (hamil). Setakat ini bila baca komen saya rasa geli hati dengan andaian mereka dan sama sekali tidak terasa hati.
“Bagi saya, masing-masing boleh buat spekulasi dan saya tak boleh nak tutup mulut orang,” katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut, kata Syasya dia tiada masalah jika dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Syasya Rizal padam foto lama, bukan lagi cerminan diri lepas bertudung
ARTIKEL BERKAITAN: Sampai sudah ada anak… Syasya Rizal perjelas salah faham isu sambung belajar di luar negara
Tambah Syasya, suaminya iaitu Nasrullah Mohd Sapie turut memasang impian untuk miliki zuriat yang ramai.
“Kalau ada rezeki dikurniakan anak kedua saya tak tolak dan terima sahaja.
“Seronoklah Yassir (anak) ada kawan nak bermain nanti.
Suami Syasya pasang impian miliki ramai zuriat.
“Lagipun suami saya suka anak ramai, kalau boleh dia nak buat satu pasukan bola sepak terus,” jelasnya.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April tahun lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohd Yassir Hayyan yang kini berusia enam bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube