BEKAS anggota kumpulan NCT iaitu Taeil berdepan hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan jenayah seksual yang dilakukan pada Jun tahun lalu.
Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Daerah Seoul, Korea Selatan pada Rabu, pihak pendakwa raya mencadangkan hukuman berkenaan selepas mendapati kesalahan yang dibuat adalah satu jenayah berat melibatkan seorang wanita warga asing.
Taeil bagaimanapun memohon agar hukuman yang lebih ringan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Taeil harap pertimbangan mahkamah.
“Saya bersalah kerana mengecewakan ramai orang. Jika hukuman dikurangkan, saya anggap ini adalah peluang terakhir untuk hidup.
“Saya akan berbakti kepada masyarakat dalam apa cara sekali pun,” katanya di hadapan hakim.
Sementara itu peguam yang mewakilinya juga memberitahu Taeil telah membuat permohonan maaf kepada mangsa.
ARTIKEL BERKAITAN: Taeil NCT dituduh ganggu wanita sejak 6 tahun lalu, siap pasang kamera tersembunyi dan ugut
ARTIKEL BERKAITAN: Taeil berdepan tuduhan ‘quasi rape’, turut didakwa bersama 2 lagi rakan subahat
Malah penyanyi itu juga telah menjalani program pemulihan selain khidmat kaunseling selepas didakwa tahun lalu.
Dalam masa sama, pihaknya memaklumkan Taeil juga perlu bekerja memandangkan dia kini tidak lagi menerima tawaran sebagai penyanyi.
Mahkamah dijangka akan menetapkan keputusan hukuman pada Oktober depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube