KADANGKALAapa yang dihajati atau amat diharapkan tidak semestinya terbaik buat diri kita.
Selepas sekian lama dihantui kisah silam, seorang wanita akhirnya mendapat tahu tentang kecurangan bekas teman lelakinya ketika mereka masih menjalinkan hubungan cinta.
Menurut wanita itu, dia kini faham mengapa doanya ditolak danimpianuntuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu tidak kesampaian.
Katanya, apabila doa tidak dimakbulkan, dia kini percaya Allah SWT mahu melindungi dirinyadaripada terus dibohongi dan dizalimi oleh bekas teman lelaki.
Siapa tak kecewa teman lelakimenjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. -Gambar hiasan
“Teman wanita dia (bekas teman lelaki) mesej saya guna akaun palsu, tanya tentang perangai dia masa kami masih bersama. Sayaterpaksa rewind(imbas) semua kenangan itu.
“Semua itu berlaku tahun lepas, bulan 11. Rupa-rupanya dia bersama perempuan itu sejak bulan Ogos, masa saya masih dengan dia. Memang tak guna mamat ini!
“Patutlah doa saya tak termakbul. Tahun lepas sayasolat Tahajud setiap malam tanpa henti selama sebulan, sampai rasa nak pengsan sebab menangis doa siang malam.
ARTIKEL BERKAITAN:Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja
ARTIKEL BERKAITAN:8 tahun kahwin, curang dengan hampir 30 wanita! Isteri anggap suami ‘cinta mati’, rela bertahan demi anak
“Akhirnya saya mendapat jawapan mengapa doa dan Tahajud saya tidak diterima. Dia telah melakukan perkara yang Allah tidak suka di belakang saya, iaitu berzina dengan wanita lain,” ujarnya.
Bersyukur mengetahui kebenaran tersebut walaupun ‘pahit’, wanita itu kini berlapang dada dengan menerima segala ketentuan Ilahi sambil percaya ada sesuatu yanglebih baik sedang menantinya.
“Benarlah apa yang Allah katakan, ‘Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi ia buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagi kamu.
Komen netizen di media sosial.
“Allah Maha Mengetahui segala yang kita tidak ketahui, dan sayabersyukur atas jawapan ini. Terima kasih, Allah, atas segala petunjuk dan hikmah,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen bersimpati nasib menimpa wanita tersebut malah tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi sama.
“Allah selamat awak daripada terus disakiti. Awak dahjumpa pengakhiran awak.
“Pernah berada dalam keadaan yang sama, satu perkara yang saya belajar…yakinlah yang Allah akan ubati semua kesakitan itu,” antara komen netizen