SELEPAS tujuh bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Shasha Abedul selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya dikenali Adam pada Sabtu.
Khabar gembira itu dikongsikan rakan terdekat iaitu pelakon Daiyan Trisha menerusi Instagram miliknya.
“Berbahagialah Shasha dan Adam. Aku akan bersamamu selalu sampai akhir hayatku,” kongsinya.
Daiyan antara rakan yang hadir majlis pernikahan Shasha.
Difahamkan majlis tersebut berlangsung secara tertutup di sebuah masjid dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Menerusi video yang dikongsikan memaparkan Shasha, 29, kelihatan anggun menggayakan busana berona putih sedondon dengan pasangannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul sudah bertunang, pilih rahsia identiti kekasih hati
ARTIKEL BERKIATAN: Hampir sebulan pakai tudung, Shasha Abedul terdetik tutup aurat ketika ‘upload’ foto di IG
Bagaimanapun, tiada sebarang perkongsian lanjut yang dibuat Shasha di media sosialnya.
Untuk rekod, Shasha dan Adam mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dan memilih merahsiakan identiti jejaka pilihan dengan mengaburi wajahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube