RSS Suria

Tak cukup hidu bau najis, sekeluarga diserang kutu kucing! Hidup merana angkara jiran bela 7 ekor si bulus

ISU melibatkan haiwan peliharaankhususnya kucingdi kawasan kejiranan bagaikan masalah yang tiada penghujung.

Memelihara kucing mungkin menjadi sumber kegembiraan buat sesetengah individu, namun tanpa pengurusan yang baik, hobi ini boleh mencetuskan gangguan serius kepada jiran tetangga.

Begitulah situasi dihadapi seorang individu apabila terpaksa menghidu bau busuk yang berpunca daripada sikap sambil lewa jirannya dalam menguruskan kucing peliharaan.

Selain najis, kutu kucing juga antara perkara menjadi kebimbangan dalam kalangan jiran.-Gambar hiasan

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang rakan kepada mangsa menerusi hantaran di media sosial.

“Ada tak cadangan untuk selesaikan masalah jiran ‘penternak’ kucing?. Kawan saya duduk rumah landed, jiran sebelah bela kucing tapi jenis simpan dalam sangkar kat halaman.

“Kucing-kucing itu tak diuruskan dengan baik, tahikucing tak buang jadi bau itu masuk dalam rumah kawan aku. Dia takbolehbuka tingkap sebab bautahitujuh ekor kucing busuk sangat!” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hari-hari sedut bau najis, jiran pencinta kucing susun ‘litter box’ belakang rumah… Individu tak berani bina tembok, risau gaduh

ARTIKEL BERKAITAN:Laman rumah jiran jadi ‘jamban’ kucing, najis kering sampai jadi habuk! Wanita ini baik hati tolong cuci sebelum raya

Keadaan bertambah buruk selepas individu terbabit mendakwa seluruh anggota keluarga rakannyadiserang kutu kucing hinggamengalami gatal-gatal dan iritasi pada kulit.

Lebih menyakitkan hati, segala teguran sudah pun disuarakan kepada jiran terbabit, namun tidak diendahkan.

“Sangkar dah kotor, kucing-kucing pula berkutu. Tak tahu kutu terbang pergi ke pakaian jemuran atau bagaimana… Tapi anak beranak berbirat kulit kena gigit kutu kucing.

Dia takbolehbuka tingkap sebab bautahitujuh ekor kucing busuk sangat!

NETIZEN

“‘Penternak’ itu penyewa sahaja, dah complain dekat tuan rumah tapi dia tak layan. Dah cakap kalau direct dekat penternak kucing itu pun sama, dia ignore sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, ruangan komen meriah dengan perkongsian pendapat netizen yang memberi cadangan, antaranya adalah melaporkan masalah berkenaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Komen netizen di media sosial.

“Jiran aku pun macam itu juga, aku tegur terus. Mana-mana tahikucing depan rumah aku, aku panggil anak dia bersihkan. Kalau tak jalan report PBT.

“Jiran aku letak sangkar depan pintu rumah, litter box sampai dan melimpah tahi. Bau jangan cakap la,”

“Sepupu saya pencinta kucing, tapi datang rumah diorang tak bau hancing sebab pakai pasir mahal. Kalau tahu malas, investlah sikit kat benda gini,” komen netizen.

Scroll to Top