WARGA maya bagaikan ‘tidak berehat’ apabila setiap hari ada sahaja kes curang yang ditularkan di media sosial.
Selepas kecoh kisah guru yang menjalinkan hubungan dengan suami orang, timbul pula satu lagi cerita tentangseorang lelaki dikenali sebagai Abang Santan yang didakwa menduakan isterinya.
Menerusi perkongsian di Facebook, pengadu memuat naik 27 keping foto memaparkan mesej perbualan dipercayai antara suaminya dengan seorang wanita.
Antara mesej perbualan yang didakwa antara suaminya dengan seorang wanita lain.
Berdasarkan foto yang dikongsi, lelaki itu disyaki menjalin hubungan terlarang dengan wanita yang jauh lebih tua berbanding isterinya.
“Alang-alang dah cakap tak ada rasa apa-apa dekat bini kan, puas dah lafaz cerai bini, sinilah aku buka aib kau.
“(Selama ini) aku simpan sebab fikir sayang dan masa depan anak. Kau dah cakap tak ada rasa, aku pun proceed buat cara ini (dedah mesej).
Alang-alang dah cakap tak ada rasa apa-apa dekat bini kan, puas dah lafaz cerai bini, sinilah aku buka aib kau.
MANGSA
“Kau play victim dengan alasan aku malas masak dan tak layan kau dari awal mengandung,” dakwa pengadu.
Dalam hantaran berasingan, wanita itu mendakwa dia diceraikan suaminya ketika hari ke-42 dia berpantang.
Antara lain, pengadu turut mendakwa suaminya bersekedudukan dengan beberapa wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh dayus biar isteri berselingkuh dengan ‘abang wiring’, bekas suami buka mulut… Cerai lepas 6 bulan kahwin, banyak kali kantoi!
ARTIKEL BERKAITAN:Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes ‘abang wiring’! Nombor telefon ‘Bengkel’ rupanya skandal pasangan
“Bertukar-tukar mangsa selagi tak dapat tujah (seks). Dah st*m sangat tak tahan tu, dua bulan berubah jaga bini dalam pantang.
“Shaking(gigil) terus masa baca dan snap (ambil gambar) chat tu semua,” tulis wanita itu lagi.
Berdasarkan semakan pada foto perbualan yang dikongsi, lelaki itu memberitahu seorang wanita bahawadia sudah menceraikan isterinya.
“Saya dah lafaz. Lafaz kat luar. Dah tak boleh tahan dah, lepas juga. Tak apalah, bukan jodoh. Mana tahu jodoh kita. Awak dah lama single ke?” tulis lelaki itu.
Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca kemusnahan rumah tangga. -Gambar hiasan
“Allahuakhbar. Stay strong. Hidup mesti diteruskan. Kalau awak jodoh saya, saya nak panggil awak apa ek? Baby atau sayang?” balas wanita itu pula.
Selain itulelaki tersebutturut menyebut yang dia menggemari wanita lebih berusia dalam mesej berkenaan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah di ruangan komen dan meminta mangsa agar bersabar dengan ujian rumah tangganya.
“Gelinya alahai, yang tua juga kau nak. Pelik aku jantan macam ni.
“Bini punya cantik. Janda yang nak expired juga kau mahu. Benda haram memang sedap.
“Selalu suami buat hal masa isteri tengah sarat mengandung dan dalam pantang,” tulis beberapa netizen.