KHIDMAT jurufoto atau juruvideo kini bagai mennjadi perkara wajib dalam sesebuah majlis perkahwinan bagi merakam momen indah sebagai kenang kenangan.
Namun, dalam usaha mendapatkan gambar atau rakaman terbaik, golongan ini terpaksa berdepan pelbagai cabaran yang mungkin tidak diketahui ramai.
Gara-gara terlalu geram dengan dugaan yang sering dihadapi ketika bertugas, seorang jurugambar menyarankan ibu bapa menggunakan kondom jika tidak tahu menjaga anak di majlis perkahwinan.
Saranan ini dibuat kerana dia sukar mendapatkan gambar terbaik disebabkan kanak-kanak sering bermain di sekitar pelamin pengantin.
Kanak-kanak aktif dan gemar bermain adalah lumrah. -Gambar hiasan
“Kalau majlis aku sudah tentu aku akan marah tak ada mood sepanjang hari.
“Tolong la kepada penjaga atau mak ayah, pantau anak-anak korang. Majlis aku nanti aku haramkan sesiapa bawa anak kecil,” katanya.
Jurugambar itu turut berkongsi video dan gambar memaparkan kanak-kanak sedang berlari dan bermain yang disifatkannya mengganggu majlis perkahwinan seterusnya menjejaskan kualiti rakaman.
ARTIKEL BERKAITAN: Haru-biru majlis kahwin, pelamin roboh masa tetamu nak bergambar! Kanak-kanak berlari jadi suspek utama
ARTIKEL BERKAITAN: Terjumpa pengantin baharu tanpa jurufoto di pantai, pemuda terus belanja photoshoot! Gambar siap, baru tahu kisah sebenar
“Tolong pakai kondom weh, serius aku dah geram kacau shoot aku” katanya merujuk kepada kanak-kanak yang tidak dikawal ibu bapa.
Perkongsian itu mengundang dua kelompok netizen iaitu yang menyokong dan yang mengkritik jurufoto berkenaan.
Kalau tak nak hadap baik kau shoot gambar orang utan dalam hutan.
NETIZEN
“Bang jangan ingat majlis ni 100 peratus abang punya. Abang dibayar untuk perkhidmatan sahaja.
“Keluarga mereka berhak buat apa sahaja dekat majlis kecuali la tu majlis tertutup.
Reaksi netizen.
“Menyampah aku dengan jurufoto perangai diva. Kau tu dibayar untuk majlis. Dah tentu macam-macam situasi kena hadap.
“Kalau tak nak hadap baik kau shoot gambar orang utan dalam hutan,” kata beberapa netizen.
Bagi yang bersetuju dengan pandangannya, mereka turut memberi hujah terendiri.
“Setuju, jika saya kahwin nanti memang haramkan sesiapa bawa anak-anak kecil. Majlis saya, duit saya.
“Sama kes semalam. Berkali-kali pengacara majlis tanya anak siapa.
“Dah halau sebab mak ayah tak datang. Dia datang semula melompat-lompat kat pelamin,” kata beberapa warga maya.