LEBIH empat dekad bergelar anak seni, Ella menasihatipenyanyiterutamanya bakat baharu supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku seperti dikecam netizen.
Menurut Ella atau Nor Zila Aminuddin, 59, jika perkara itu berlaku, mereka haruslah berani berhadapan dengan realiti dan tidak sekadar mengurungkan diri di rumah.
“Sebelum masuk ke dalam industri orang itu harus bersedia dengan segala kecaman.
Ella berpendapat penyanyi tidak boleh ikut emosi.
“Tak bolehlah nak ikut emosi dan hanya duduk rumah.
“Awak nak bergelar penyanyi, awak kena hadapi perkara itu,” katanya kepada mStar.
Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rockqueen Ella bersama Rumah Bakti Nur Syaheera di Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Ella berpendapatseseorang anak seni tidak boleh terlalu mengikut emosi terutamanya ketika membuat keputusan,
ARTIKEL BERKAITAN:Ella bangga lagu ‘Standing In The Eye Of The World’ kekal evergreen, jadi karya wajib Hari Merdeka
ARTIKEL BERKAITAN:Ella dedah alami masalah pendengaran, Kini guna bantuan ‘hearing aid’
“Pastinya seseorang artis itu mahu pergi lebih jauh dalam kariernya, tapi kalau ikut emosi orang itu tidak akan ke mana-mana,” ujarnya.
Pun begitu kata Ella ada sesetengah penyanyi yang sudah tahu perkara yang dilakukan boleh menimbulkan kecaman buat diri sendiri.
Tak bolehlah nak ikut emosi dan hanya duduk rumah.
ELLA
PENYANYI
Jelas Ella, jika perkara itu berlaku artis berkenaan perlu tabah hadapi kecaman tersebut.
“Kalau tak nak kena kecam kenapa buat perkara yang bakal dikecam?
“Apapun kena kuat sebab media sosial sekarang adalah dunia tanpa sempadan, netizen boleh cakap apa mereka nak,” jelasnya.
Ella berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim.
Dalam perkembangan lain, Ella terharu apabila dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera.
Selain majlis berbuka puasa, Ella turut memberikan duit raya kepada 35 oramg anak-anak yatim yang hadir pada malam tersebut.
Pada majlis berkenaan juga, Ella turut memperkenalkan keluaran terbaharu koleksi baju jenama Rockqueen sempena hari raya Aidilfitri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!