RSS Suria

Tak perlu tunggu mak ayah minta, wanita kagum anak gaji RM1,500 tetap hulur RM50 sebulan… Cari keberkatan dalam rezeki

MEMASUKIfasa alampekerjaan bukanlah satu hal mudah kerana banyak cabaran perlu ditempuh.

Paling penting ialah isu pengurusan kewangan kerana jika tersilap langkah segalanya akan menjadi kucar-kacir memandangkan banyak komitmen bulanan yang perlu dilunaskan.

Bagi seorang pengguna media sosial, dia melahirkan rasa kagum apabila masih ada dalam kalangan anak-anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa sungguhpun pendapatan bulanan tidak seberapa.

Ramai mencuba nasib mencari peluang pekerjaan. -Gambar hiasan

“Respek pada mereka yang masih bagi duit kat mak ayah walaupun gaji mereka tak banyak.

“Gaji RM1,500 bagi mak ayah sebanyak RM50 pun dah cukup kalau rasa ada banyak komitmen,” kongsinya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Gaji mak ayah berpuluh ribu, anak bergaji kecil anggap dah tak perlu hulur duit- “Belanja aku pun cukup-cukup je”

ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah… Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

Menerusi hantaran sama, dia memberitahuwalaupun bukan semua ibu bapa meminta wang daripada anak-anak tapi apa yang penting adalah keberkatan dalam rezeki.

Malah katanya, kini terdapat pelbagai idea yang membolehkan anak-anak membalas jasa dan berkongsi rezeki dengan ibu bapa.

Walaupun sedikit kerana gaji tidak mencukupi, kita tetap akan rasa seolah-olah duit itu sentiasa cukup.

NETIZEN

“Bagi aku, sekurang-kurangnya belanja mereka makan. Cari keberkatan dalam rezeki kita.

“Nak kaya? Banyakkan sedekah, bukan jadi sengkek,” ujarnya.

Membuat pengeluaran untuk membayar komitmen. bulanan. -Gambar hiasan

Biarpun sikap individu tersebut wajar dijadikan contoh, rata-rata netizen berpandangan bahawa tidak semua ibu bapa mengenal erti kesyukuran.

“Kadang-kadang ada mak ayah yang tidak memahami situasi anak. Ramai yang rasa perkara yang sama.

“Namun, sebagai anak, kita harus banyak mengalah dan bersabar,” ujar seorang pengguna media sosial.

Pada masa sama, ramai turut menyarankan agar amalan berkongsi rezeki diamalkan kerana ia dipercayai membawa keberkatan dalam kehidupan seharian.

“Apabila kita beri duit kepada mak ayah, walaupun sedikit kerana gaji tidak mencukupi, kita tetap akan rasa seolah-olah duit itu sentiasa cukup,” jelas seorang lagi netizen.

Scroll to Top