RSS Suria

“Tak puasa pun mengantuk ye?” – Lelaki tegur rakan wanita nampak letih, tersentak dengar luahan perasaan

SEORANG lelaki menceritakan semula tentang perbualannya bersama rakan sepejabatyang berstatus isteri.

Berkongsi cerita di laman TikTok, Afzayn berkataperbualanbermula apabila dia melihat rakannya itu nampaktidak bermaya sewaktu bekerja.

“Lah, tak puasa pun mengantuk ye?” soalnyakepada wanita berkenaan.

Tangkap layar video dikongsikan Afzayn di TikTok.

Selepas ditegur, wanita itu pun berkongsi tentang rutinnya sebagai isteri dan ibu yang perlumenyediakan sahur walaupun dirisendiri tidak berpuasa.

Tambah wanita itu lagi, dia bukan sahaja bangun awal, tetapi juga perlu bersiap lebih awal daripada mereka yang bersahur.

“Ingatkan tak berpuasa boleh la bangun lambat, tapi tetap kena bangun awal. Sudahlah bangun awal, kena lagi awal daripada orang yang bersahur.

ARTIKEL BERKAITAN:Tragedi sahur… pelajar perempuan maut ditetak di asrama, seluar terbuka mungkin cubaan rogol

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala

“Ye la, kehidupan seorang perempuan sebelum dan selepas berkahwin lain. Lelaki pula kehidupan sebelum dan selepas kahwin sama saja,” ujar lelaki itu menceritakan semula perbualan dengan wanita itu.

Perkongsian ini dibuat bagi menyedarkan kaum Adam tentangtanggungjawab seorang lelaki yangsudah berkeluarga tetapi kebanyakan tugas rumah masih digalas oleh isteri.

Menurut lelaki itu lagi, rakan sekerjanya itu bukan sahaja perlu menguruskan suami, tetapi juga duaanak yang turut memerlukan perhatian dan penjagaan.

“Kalau nak diikutkan, anak ada dua orang saja. Nak kena tambah seorang lagi ‘anak mak mentua’ (suami pengadu) lagi.

Sahur dan berbuka pun perempuan sediakan. Lepas sahur dan berbuka pun perempuan juga kena mengemas.

NETIZEN

“Kalau anak sendiri boleh la kita kaki-kakikan, kalau ‘anak’ yang seorang lagi ni nak kakikan nanti tak masuk syurga,” katanya lagi.

Lelaki yang berkongsi kisah ini mengakui bahawa perbualan telah membuatkan dirinya bermuhasabah.

Dia mula mengimbas pengorbanan ibunya yang turut bangun awal untuk menyediakan sahur untuk keluarganya, walaupun tidak berpuasa.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalamkalangan netizen yang bersetuju dengan apa dikongsikan.

Komen netizen di TikTok.

Malah, beberapa individu juga ada berkongsi pengalaman rumah tangga masing-masing di ruangan komen.

“Sahur dan berbuka pun perempuan sediakan. Lepas sahur dan berbuka pun perempuan juga kena mengemas.

“Di rumah saya, ayah yang masak sahur manakala ibu masak berbuka. Jadi bebanan sama rata.

“Bila isteri bangun sahur, saya pun kena berjaga. Bini masak, saya pula pergi solat. Saya doa supaya isteri dapat pahala sama seperti saya, sebab dia tak solat tapi dia tetap bangun untuk sediakan makanan buat saya berpuasa,” ujar beberapa netizen.

Scroll to Top