KRISIS antara ibu mentua dan menantu bagai tiada penghujung sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘asam garam’ dalam rumah tangga.
Bagaimanapun, pendedahan seorang wanita ini mengejutkan warga maya apabila dia berkongsi kisah seorang isteri yang didakwa disihir oleh ibu mentua sendiri.
“Tadi borak-borak dengan suami aku, dia ceritalah kawan dia dah lapan tahun tak balik jenguk mak dia.
“Punca sebab dia dapat tahu mak dia yang hantar sihir pada isteri dia, sampai sakit-sakitlah.
Sihir sering dijadikan ‘alat pemusnah’ untuk menyakiti seseorang. -Gambar hiasan
“Korang nak tahu macam mana dia boleh tahu mak dia yang ‘menghantar’? Bermula dengan anaknya yang tiba-tiba kena sakit kulit,” ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.
Menurut wanita ini, anak pasangan berkenaan mengalami satu keadaan yang mana-mana kulitnya berkuping-kuping di seluruh badan.
Dalam usaha merawat penyakit itu, suami wanita tersebut membawa anak mereka ke Temerloh, Pahang untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam.
Disebabkan keadaan anak semakin sembuh, mereka kembali menghubungi keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kantoi tengah mengangkang atas nasi panas! Menantu perempuan dapat jawapan, rupanya disihir sampai jadi bodoh
ARTIKEL BERKAITAN: "Ustazah, saya bukan reka cerita" – Wanita meraung disihir, kemaluan rasa terbakar… Bersungguh beritahu mentua guna darah haid
Namun, situasi menjadi pelik apabila kulit anak kembali bermasalah selepas si bapa menceritakan khabar gembira itu kepada ibunya di kampung.
“Apabila kulit anak dia dah elok, dia rasa seronok dan terus call mak dia untuk berkongsi berita.
“Mak dia siap tanya siapa nama ustaz tu, tinggal di mana dan muka ustaz tu macam mana.
“Tiba-tiba kulit anak dia melepuh balik dan dia bawa semula ke Temerloh untuk berubat,” tambahnya.
- Ibu mentua didakwa hantar sihir pada menantu.
- Anak kecil tiba-tiba sakit kulit teruk.
- Sakit hilang lepas berubat, tapi datang balik lepas tahu identiti perawat.
- Ustaz yang rawat turut diserang ‘benda’.
- Ibu mentua kantoi lepas terlupa tutup panggilan, ketawa dan mengaku.
Berlaku situasi menyeramkan ketika mereka cuba mendapatkan rawatan semula, di mana rumah yang didiami ustaz berkenaan tidak bersahut meskipun ketukan dibuat bertalu-talu.
Malah panggilan juga tidak berjawab sehinggalah mereka sekeluarga ingin pulang semula ke rumah.
“Masa nak masuk kereta, lampu rumah ustaz tiba-tiba menyala, dia nampak ustaz tu mengesot nak keluar dari rumah.
“Ustaz tu minta maaf tak boleh nak bantu dan cakap ‘benda’ tu serang dia… akhirnya dia pergi ke ustaz Kagat (Kor Agama Angkatan Tentera).
“Ustaz Kagat cakap yang ujian dia berat dan bertanyakan sama ada hubungan antara ibu dia dan isteri okay atau sebaliknya,” kongsinya lagi.
Netizen berkongsi pengalaman masing-masing.
Meskipun isterinya menyatakan hubungan yang terjalin dengan mentua adalah baik, namun si suami merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Ustaz berkenaan kemudian memaklumkan bahawa sihir yang dihantar bertujuan untuk menyakiti isterinya namun terkena pada anak.
“Selepas dia mendapat tahu, dia dah tak call mak dia dan senyap sehingga anak dan isterinya sihat. Apabila dia hubungi je, mak dia tiba-tiba menangis menafikan yang dia tak hantar apa-apa.
“Dia pun peliklah sebab tak bertanya apa-apa dan kebetulan masa tu, mak dia lupa putuskan panggilan.
“Dia dengar maknya ketawa kuat sambil menyatakan dia bodoh, anak isteri dah sihat bolehlah kacau (ganggu) lagi,” tambahnya sambil memberitahu bomoh Siam digunakan sebagai pengantara.
Menurut wanita ini, rakan lelakinya itu mendedahkan bahawa isterinya bukanlah menantu pilihan keluarga.
Namun dia tidak menyangka rasa sakit hati itu membuatkan ibunya sanggup melakukan perbuatan syirik sehingga menyakiti anak dan isterinya.