RSS Suria

Tak tahan sara suami suka lompat kerja, isteri makin membuak-buak nak cerai mentua masih back up anak

PERKENALAN singkat di tempat kerja membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.

Namun menurut si isteri, rumah tangganya sudah mula bergolak walaupun baru 10 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Sebagaimana dikongsikan dalam Kisah Rumah Tangga di Facebook, masalah timbul apabila suaminya kerap menukar pekerjaan.

“Saya baru berkahwin dan belum ada anak. Usia perkahwinan kami 10 bulan. Kenal suami sebab satu tempat kerja dahulu. Bercinta dalam dua hingga tiga bulan, bertunang dan berkahwin.

Hubungan suami isteri boleh menjadi renggang apabila kerap bergaduh. -Gambar hiasan

“Awal perkahwinan,semua okay. Bermula apabila saya bekerja, suami mula lepas tangan. Gaji saya tinggi daripada suami. Komitmen saya iaitu ansuran kereta dan bil saya bayar sendiri sebab saya yang guna hampir setiap hari.

“Suami mula job hopping (kerap tukar kerja) tanpa ada ‘back up’. Alasan yang selalu saya dengar… tempat kerja tak okay, masalah kawan, syarikat tak jaga kebajikan pekerja, masalah majikan dan lain-lain,” ujarnya.

Menurut dakwaan wanita itu lagi, amalan bertukar-tukar pekerjaan ini juga secara tak langsung membuatkan suaminya mula berubah sikap.

Selain terpaksa menggalas tugas suami mencari nafkah, pasangan ini acap kali bergaduh apabila menyentuh soal pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja di Singapura, tanggung semua keperluan keluarga! Isteri masih merungut nafkah bersih RM800 tak cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘support’ RM1,000 sebulan tak cukup, bingung suami paksa tambah lagi kuota anak asuhan – “Dia hanya fikir duitâ€

Lebih mengecewakan lagi adalah apabila si suami mula mengasarinya secara fizikal sebagaimana dijelaskan dalam hantaran tular berkenaan.

“Sepanjang kami berkahwin dah hampir lima tempat kerja suami tukar. Yang jadi masalah bila suami berhenti kerja tanpa ada pekerjaan lain. Jadinya akan menunggu sebulan dua sementara dapat kerja baru.

“Maka saya terpaksa sara suami sepanjang dia tidak bekerja. Perkara ni jadi berulang kali sampai saya dah mula beremosi bila bercakap pasal kerja.

“Kami sentiasa bergaduh. Suami seorang yang panas baran, tapi dahulunya seorang soft-spoken (sopan). Pernah bergaduh sampai pecah pintu, helmet, dan pernah hampir cekik saya tapi dia terus sedar saya isteri dia,” ujarnya.

Awak mampu untuk berdikari. Kenapa nak tunggu lagi.

NETIZEN

Meluahkan kebuntuan di hati, wanita ini masih berbelah bahagi sama ada untuk berpisah atau bersabar mengharungi masalah yang dianggap ujian perkahwinan ini.

Malah, apa yang membuatkan isteri tawar hati apabila terdapat ‘campur tangan’ ahli keluarga pihak suami dalam masalah dihadapi.

“Sekarang saya buat keputusan untuk berpisah, tapi dalam masa yang sama ini ke ujian lima tahun di awal perkahwinan. Saya pun buntu.

“Selain masalah ni, saya ada masalah dengan keluarga suami terlalu banyak campur tangan dan berkata belakang di status WhatsApp dan Instagram.

“Ibu dan ayah mentua pula anggap isu rumah tangga kami ni isu kecil dan tak patut dijadikan sebab untuk bercerai,” jelasnya.

Komen netizen pada hantaran asal.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai respons netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan suami terhadap si isteri.

Rata-ratanya menitipkan pesanan buat wanita ini supaya membuat keputusan terbaik demi masa depan dirinya sendiri.

“Nasihat saya, silalah hantar suami sis balik ke rumah mak bapa dia. Selesai masalah. Hidup dengan tenang dan cari bahagia untuk diri sendiri.

“Kalau keadaan awak sudah begitu, mintalah suami tu lepaskan awak dari menghadapi pelbagai masalah daripada suami dan keluarganya.

“Awak mampu untuk berdikari. Kenapa nak tunggu lagi. Penat dan tertekan sama je awak hadap setiap hari,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top