SEORANG wanita menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pekerja warga asing yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Menurut wanita itu, dia terkejut apabila ada lelaki warga asing tidak dikenali menggunakan alamat rumahnya untuk membuat pesanan makanan melalui aplikasi.
Jelasnya, lelaki itu merupakan salah seorang pekerja yang ketika itu membaiki struktur jalan raya di belakang rumahnya.
Ramai warga asing merantau ke Malaysia untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan
“Tiba-tiba loceng rumah berbunyi, rider hantar makanan. Suami saya tanya, ada order makanan ke? Saya cakaplah tak ada.
“Jenuh cari, rupanya pekerja yang betulkan jalan belakang rumah saya ni yang order.
“Kononnya dia tak berniat pun nak letak alamat rumah. Sebab dia park belakang rumah saya, jadi Grab automatik detect (kesan alamat),” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor ‘pening’ pesakit warga asing buat drama di klinik demi MC 5 hari… Ajaib sebut ‘polis’ terus sembuh
ARTIKEL BERKAITAN: Individu lain guna alamat, tuan rumah rimas terima banyak bil tertunggak! Pemilik surat marah dihubungi, suruh abaikan saja
Bagaimanapun, dia berasa hairan apabila warga asing terbabit seolah-olah tidak mahu membayar harga makanan yang dipesannya secara online itu.
“Bila rider telefon, selamba dia jawab tak ada duit nak bayar. Suami saya pun bayarkan, katanya kesian dia kerja tapi tak mampu nak makan.
“Kata tak ada duit, tapi boleh order makanan pula,” luahnya geram.
- Wanita terkejut rider datang ke rumah hantar makanan.
- Rupa-rupanya, ada pekerja warga asing salah guna alamat rumah.
- Pekerja itu beri alasan lokasi penghantaran ditentukan secara automatik oleh aplikasi.
- Bagaimanapun lelaki itu enggan bayar makanan yang dipesan.
- Dia turut menolak makanan percuma ditawarkan oleh penduduk setempat.
Bukan itu sahaja, warga asing itu juga didakwa menolak ketika ditawarkan makanan percuma, berkemungkinan tidak ‘kena’ dengan seleranya.
“Cara dia tu yang tak boleh nak terima. Bayangkan, kita ni dah la tak kenal langsung pun dia.
“Suami kata orang surau siap offer dia makan, dia tak nak pula.
“Agak-agaklah. Tak berkira pun bab RM15 tu, tapi dia tak jujur,” tambahnya lagi.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen menasihatkan pasangan itu agar berhati-hati apabila berdepan dengan individu atau taktik seperti itu.
“Pernah terkena dengan orang macam tu, serik dah nak kesian sangat.
“Eh dia bukan tak ada duit, saja nak ambil kesempatan. Tak payah dilayan sangatlah.
“Orang kalau tak ada duit tak berani nak order makanan dekat apps.
“Cepat kesian dekat orang lama-lama kena pijak kepala. Amboi, sedap dia order lepas tu cakap tak ada duit,” antara komen warga maya.
Susulan postingnya yang tular, wanita itu menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengaibkan warga asing berkenaan.
“Kalau niat nak viral saya dah ambil gambar, bagitahu lokasi, bagitahu nama, sebab nama orang tu ada ya masa rider tunjuk.
“Suami saya yang bayar dan dia ikhlas moga Allah balas kebaikan dia. Saya je yang curiga mamat tu tak jujur,” katanya.