SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa dan sedih selepas mendapati anaknya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Perak.
Wanita itu mendedahkan anaknya yang berada di tahun dua sering dipukul dan dimaki, selain barangan peribadi serta duit turut dicuri beberapa pelajar lain.
Namun, anaknya tidak pernah mengadu kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa.
Guru seharusnya diberi keizinan merotan murid yang melakukan kesalahan. -Gambar hiasan
“Aku baru dapat tau daripada ustazah. Anak tak beritahu aku yang dia dibuli sebab tak nak aku susah hati.
“Aku rasa macam nak pergi tunggu depan pagar sekolah dengan rotan masa balik dan jerit siapa yang buli anak aku,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Malas layan aduan buli, cikgu ugut pindah ke meja belakang… Paling tak masuk akal kes ditutup, pembuli dianggap tak sengaja
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kudrat nak melawan, mangsa buli guna taktik ‘halus’ balas dendam… Ambil berus gigi pembuli buat gosok jamban!
Lebih mengecewakan kata wanita itu, kejadian buli dikatakan berlaku hampir di setiap kelas di sekolah berkenaan.
Selain itu, ustazah pula memaklumkan mereka tidak boleh merotan atau mengambil tindakan kerana bimbang ‘diserang’ ibu bapa.
“Ustazah kata mereka tak boleh rotan murid sebab nanti ibu bapa viralkan.
“Aku beritahu dia dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), depan ibu bapa pun cikgu berani rotan. Kalau tak suka boleh keluar dari sekolah tu,” katanya.
Di SJKC ibu bapa tak kisah anak kena denda atau kena rotan jika buat salah.
NETIZEN
Jelas is ibu tersebut lagi, dia berani membuat perbandingan berkenaan berikutan anaknya yang dibuli itu merupakan murid di SJKC pada waktu pagi.
"Kalau kat SJKC, cikgu rotan pun tak ada masalah. Disiplin bagus, buli kurang. Tapi sini semua jadi takut. Kita ibu bapa yang tersepit," ujarnya.
Wanita itu juga mengakui berada dalam dilema sama ada mahu terus mengekalkan anaknya di sekolah tersebut atau memindahkannya, namun bimbang masalah yang sama berulang.
Reaksi netizen
Sementara itu netizen berpandangan tahap disiplin yang tinggi di SJKC disebabkan kepercayaan ibu bapa terhadap guru dalam mendidik anak.
“Di SJKC, setiap meja cikgu dalam kelas memang ada rotan. Kalau ada ibu bapa datang mesyuarat, Budak bising memang kena jerit depan tu juga.
“Di SJKC ibu bapa orang Cina ni memang tak kisah anak mereka kena denda atau kena rotan jika buat salah. Tak ada nak report polis.
“Betul apa ustazah tu cakap. Hanya guru besar dan guru yang diberi kuasa sahaja boleh rotan murid. Kalau tak, nanti cikgu tu yang kena,” kata warga maya.