ISU berkaitan tugasan sekolah murid terus menjadi perbincangan hangat antara guru dan ibu bapa.
Malah ia sentiasa diketengahkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menerusi hantaran terbaru berkaitan isu itu, seorang wanita terkejut apabila masih terdapat segelintir ibu bapa yang mahu golongan pendidik memaklumkan kepada mereka setiap tugasan sekolah yang diberikan.
Murid perlu dididik dengan tanggungjawab dan kepekaan. -Gambar hiasan
“Hadir mesyuarat PIBG sekolah anak, ada parentscadangkan agar cikgu WhatsApp dalam grup kelas sekiranya terdapat kerja sekolah,” ujarnya.
Menurut wanita ini, susulan pertanyaan itu, seorang guru tampil menjawab dan menyatakan bahawa murid-murid perlu berdikari.
Malah setiap tugasan yang diberikan adalah untuk memastikan murid lebih peka serta fokus dan bertanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu nak berhenti lepas 5 tahun kerja, tak mampu teruskan… Makin serabut disuruh tubuh pasukan ragbi perempuan di sekolah
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu bapa ajar anak jadi pemalas, suruh cikgu ingatkan kerja sekolah! – “Senang saya minta siapkan awal”
“Pihak sekolah jawab, anak-anak perlu berdikari dan peka dengan kerja sekolah yang diberi.
“Ini untuk melatih murid-murid lebih fokus dan bertanggungjawab.
Kita di zaman WhatsApp tak wujud lagi, semua berdikari dan pandai urus diri sejak awal… mak ayah hanya buat pemantauan.
WARGA MAYA
“Mak ayah pun kena ambil peranan dengan bertanya jika anak-anak ada kerja sekolah atau tidak,” tambahnya berkongsi pandangan guru terbabit.
Menerusi hantaran yang dibuat, wanita ini seolah-olah setuju dengan jawapan pihak sekolah dengan memberikan tanda suka atau thumb up.
Malah dia turut memberi bayangan keadaan guru sekiranya perlu berkongsi maklumat tentang kerja sekolah yang diberikan kepada murid.
Segelintir warga maya turut bersetuju dengan penjelasan pihak sekolah.
“Seorang guru ada empat atau lima kelas, satu kelas ada empat atau lima subjek… semua membebankan guru,” luahnya.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang mengimbau sesi persekolahan zaman dahulu.
“Zaman dulu tak ada WhatsApp, macam mana ibu bapa boleh survive ya?
“Kita di zaman WhatsApp tak wujud lagi, semua berdikari dan pandai urus diri sejak awal. Mak ayah hanya buat pemantauan.
“Kadang-kadang bukan tak mahu tanya anak tapi kalau tanya memanjang cakap tak ada kerja sekolah. Jadi macam mana mak-mak nak tahu ada kerja sekolah atau tidak.
“Mak ayah perlu tanya hari-hari dan jangan sesekali lepas tangan, selain tu, ajar anak ingat kerja sekolah sendiri,” tambah beberapa warga maya.