DALAM dunia digital yang semakin maju, interaksi di alam maya menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini.
Namun di sebalik kemudahan berkomunikasi, terselit pelbagai risiko yang sering tidak disedari ramai, termasuk taktik halus segelintir individu ‘gila seks’.
Salah satu cara digunakan adalah mengutarakan soalan atau topik perbincangan berunsur lucah dan tidak senonoh.
Akses internet tanpa kawalan membuka ruang kepada perlakuan tidak bermoral seperti penyalahgunaanmedia sosial. -Gambar hiasan
Menyuarakan kebimbangan terhadap perkara ini, seorang pelayar tampil memberikan peringatan khususnya buat golongan wanita, agar tidak sewenang-wenangnya memberi maklum balas terhadap soalan yang kononnya ‘ilmiah’, tetapi sebenarnya berniat untuk memancing respon berbaur seksual.
“Korang tolonglah hati-hati sikit nak reply Thread orang. Aku perhati ada jenis suka tanya soalan pasal bra, spender, pasal keputihan, pasal pakai g-string la kejadah semua ni.
“Rupa-rupanya tu akaun lelaki. Macam mana boleh kantoi? Kantoi sebab bila aku check Thread dia, semua soalan-soalan dia jenis macam tu,” tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita malu ‘content’ murahan tayang susu badan – “Tak takut ke lelaki terbayang-bayang?”
ARTIKEL BERKAITAN:“Pusing nampak punggung, tunjuk tengah zip!” – Ramai rasa malu, meluat tengok wanita buat video GRWM
Tambahnya, lebih mencurigakan, boleh dikatakan tiada langsung hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun tersebut memaparkan aktiviti atau perkongsian seperti seorang wanita yang normal.
“Tak ada langsung post pasal life ke, pasal masakan ke, pasal random-random ke, tak ada.
“Dia macam satu kink (perilaku seksual) pelik, bila korang reply dia akan terbayang-bayang.
“Jadi korang hati-hati la ya jangan jadi ‘bahan’ untuk dia membayangkan yang tak senonoh pasal korang,” tulisnya lagi.
Pantang orang umpan sikit, buat-buat tanya soalan, dia cerita habis satu tak tinggal.
NETIZEN
Ternyata hantaran individu berkenaan disokong oleh rata-rata warga maya yang turut menyuarakan kebimbangan yang sama.
Tambah mereka, netizen seharusnya memeriksa terlebih dahulu akaun seseorang sebelum memberikan respon kerana dibimbangi ia adalah individu gila seks yang berselindung di sebalik akaun palsu.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
“Kaum aku ni kadang akal pendek juga. Pantang orang umpan sikit, buat-buat tanya soalan, dia cerita habis satu tak tinggal.
“Aku yang perempuan sendiri tak ambilport reply Thread gitu sebab aku jenis stalk dulu profile.
“Sebab tu aku tak pernah reply soalan bangang-bangang ni. Sebab kita tak tahu entah-entah dia fetish dengan benda-benda gitu,” demikian komen netizen.