TIDAK dinafikan kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) sangat membantu dan mempercepatkan segala tugasan dan urusan.
Platform AI seperti ChatGPT misalnya, bukan sahaja cukup popular dalam kalangan pekerja, malahturut digunakan secara meluas olehpelajar.
Seorang pensyarah wanita menzahirkan rasa kecewa kerana mendakwa terdapat pelajar menyalahgunakan teknologi itu dalam menyiapkan tugasan.
Tugasan berkumpulan menuntut pelajar untuk saling bekerjasama. -Gambar hiasan
“Dekat Facebook hari tu gempar bila ada seorang pelajar universiti kat Malaysia gelakkan pensyarah dia yang bagi tugasan, sebab ChatGPT kan ada,dia kata.
“Sajalah nak beritahu, pensyarah boleh tahu kerja tu hasil AI ke tak, dari laras bahasa dan dibuktikan dengan perkakasan macam Turnitin (aplikasi semak plagiat),” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar simpati nasib pensyarah, gigih bagi banyak ‘assignment’, semua disiapkan guna AI – “Sikit pun tak sukarkan kami”
ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar kantoi salin esei ‘AI’ bulat-bulat, tulisan ‘by Probot’ pun lupa buang! Netizen bimbang sikap Gen Z – “Menipu pun tak pandai”
Pensyarah universiti awamitu berkata tidak salah untuk pelajar menggunakan AI dalam tugasan tetapi jika 100 peratus ditiru atau disiapkan menggunakan teknologi berkenaan, ia adalah tindakanmelampau.
“Jadi, gunalah AI dengan bertanggungjawab. Permudahkan kerja boleh, bagi idea boleh, tapi janganlah sampai hantar je terus tanpa semakan dan nampak kemanusiaan.
“Sampai 100 peratus hasil AI terus hantar kat pensyarah. Apa pun sekadar untuk menjelaskan, saya dah beri markah dah pun sebelum semak berapa peratus persamaan AI ni,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tidakterlalu bergantung kepada Turnitin dalam menyemak tugasan pelajar sebaliknya turut mempunyai gerak hati serta berasa was-was dengan tugasan tertentu yang dihantar pelajar.
Tiba-tiba gagal, tiba-tiba markah rendah sedangkan buat guna ayat sendiri.
PELAJAR
Pensyarah itu juga berkongsi video dengan memaparkan terdapat dua pelajarnya menggunakan 100 peratus AI dalam menyiapkan tugasan, tiga pelajar menggunakan lebih 60 peratus AI, seorang lebih 40 peratus dan dua orang 38 peratus.
Jelasnya, dia sememangnya membenarkan penggunaan AI dalam tugasan tetapi menghadkannya kepada 20 hingga 30 peratus sahaja.
“Sebagai pensyarah kita pun bagi had yang diterima contohnya 20 hingga 30 peratus untuk beri peluang sekiranya memang penulisan pelajar kebetulan hampir sama dengan AI.
“Kalau sangat tinggi tu bagi saya susah nak kata buat sendiri sampai sama dengan AI,” katanya.
Reaksi pelajar
Perkongsian itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif dalam kalangan pelajar kerana mereka mendakwa membuat sendiri tugasan tanpa bantuan AI, tetapi dituduhmenggunakan teknologi itu oleh perisian lain.
“Saya penat dengan pengesan AI ni. Guna ayat sendiri, dah ubah banyak kali tetap 65 peratus lepas tu turun 40 peratus nak turunkan lagi naik balik 57 peratus. Ubah sampai nak menangis.
“Tiba-tiba gagal, tiba-tiba markah rendah sedangkan buat guna ayat sendiri. AI ni merosakkan tapi pensyarah masih nak semak bergantung pada benda ni (Turnitin), akhirnya pelajar yang kena.
“Saya buat ayat sendiri pun ‘dia’ (teknologi) kesan AI, kadang buat ayat macam sekolah rendah baru tak kesan AI,” antara luah pelajar.