HARI raya boleh dianggap sebagai acara tahunan untuk merapatkan silaturahim melalui kunjungan ke rumah saudara-mara mahupun sahabat handai.
Namun, tidak semua tahu menghargai usaha dan kebaikan tuan rumah yang menyambut tetamu dengan seikhlas hati.
Seorang wanita menerusi media sosial meluahkan kekecewaan dengan tindakan keluarga bekas teman lelakinya kerana merungut mengenai hidangan raya yang disediakannya.
Menurut wanita itu, seperti kebanyakan keluarga lain, mereka juga tidak menyediakan hidangan yang terlalu mewah namunmemadai untuk menjamu tetamu yang berkunjung pada saat-saat akhir.
Meskipun tidak mewah, makanan yang dijamu dirasakan memadai.
“Bekas teman lelakisaya pernah bawa keluarganya beraya ke rumah mak saya, kalau tak silap sudah masuk hari raya keempat atau kelima. Jadi kami pun hanya masak ringkas sahaja.
“Menu pada hari itu cuma roti jala, kari ayam, biskut raya, air oren dan sedikit ketupat serta rendang. Dah sedap melantak licin mereka baliklah. Saya ingatkan semuanya baik-baik saja,” ujarnya.
Tidak lama selepas pulang, wanita tersebut menerima satu mesej panjang daripada lelakiitu yang mempersoalkan cara dan persiapan keluarganya melayani tetamu.
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai rupanya gelisah menjelang raya… Individu pendiam tak suka jumpa tetamu, pesakit mental rela berkurung di bilik
ARTIKEL BERKAITAN:Anak simpati kenang mak ayah sunyi beraya di kampung! Akui raya rumah mentua jauh lebih meriah
Jelasnya, juadah yang disediakan tidak memuaskanmemandangkan dia dan keluarganya datang beraya dalam keadaan berlapar.
“Dia sampai saja kat rumah dia terus WhatsApp saya berjela-jela. Ayat dia macam ini… ingatkan dapatlah makan sedap-sedap… nasi minyak ke, sateke. Ini roti jala je, dahlah tak makan dari pagi sebab ingat boleh makan puas-puas kat rumah bakal isteri,” kongsinya.
Nasib tak jadi kahwin,jantan miskin…sudahmakan rumah orang complain pula.
NETIZEN
Lebih mengecewakan, itu bukan kali pertama bekas teman lelakinya menunjukkan sikap sedemikian keranasebelum ini diamendakwamengalami keracunan selepas menjamah makanan dimasak ibu wanita tersebut.
“Pernah juga satu kali tu, dia bawa sepupu datang ke rumah. Mak saya gorengkan kuetiau untuk dihidangkan. Lepas balik, dia mesej kata dia cirit-birit sebab makan kuetiau yang mak saya masak. Katanya sepupu pun sama, berulang ke tandas.
“Padahal, sebelum dia datang rumah tu, ada juga tetamu lain. Mak saya masakkan menu yang sama dan semuanya okay saja, tak ada pula yang cirit-birit,” jelasnya.
Komen netizen di media sosial.
Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen mengecam sikap tidak tahu bersyukur keluarga lelaki itu malahramai juga menyokong keputusan dipilih wanita tersebut untuk mengakhiri hubungan mereka.
“Nasib tak jadi kahwin,jantan miskin!Sudahmakan rumah orang complain pula.
“Wujud rupanya manusia macam ini, dahsyat perangai!
“Harap tak ada perempuan malang yang menikah dengan lelaki macam itu,” komen netizen.