KETIKA sedang dilamun cinta semuanya manis-manis belaka.
Bagi seorang wanita, dia pada mulanya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang begitu memahami tentang dirinya termasuk ketika dalam kesusahan.
Namun katanya, kemanisan itu tidak berpanjangan apabila teman lelakinya melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
“Pernah masa tu aku dalam kesulitan, dia bagi pinjam duit. Aku dah beritahu bila ada duit aku bayar balik dekat dia.
“Masalah sekarang boyfriend aku ni selalu sakitkan hati aku,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.
Hutang lama masih belum dilangsaikan. -Gambar hiasan
Bercerita lanjut, dia melihat perubahan sikap teman lelakinya yang mula menyindirnya sejak dia pergi bercuti bersama rakan-rakan.
“Dah lama lepas tu, aku pergi ke satu tempat ramai-ramai. Kawan-kawan ajak berjalan. Kemudian tiba-tiba je dia (kekasih) bagi nombor akaun bank dia.
“Aku faham maksud dia, konon-konon macam aku pergi berjalan tu dah ada duit tapi duit dia tak bayar,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam dapat BF tak relaks, baru minta putus terus kena ugut! – “Bayar balik semua aku pernah belanja”
ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup berhutang demi kereta baharu BF, bayar balik tak habis-habis… Wanita akhirnya mengaku bodoh, terus minta putus
Tanpa mendedahkan jumlah wang yang dipinjam, dia bagaimanapun tampil menjelaskan masih belum mampu untuk melunaskan hutang teman lelakinya.
“Kalau dah ada duit, lebih baik aku bayar duit dia. Kawan-kawan ajak tu pun menumpang kawan sebab nak jaga hati mereka,” jelasnya.
Jangan berhutang dan meminta… kau berjalan tu ada pula duit ye.
WARGA MAYA
Menurutnya, penghinaan yang berlaku secara tiba-tiba itu membuatkan dia mula berasa tawar hati untuk meneruskan hubungan bersama teman lelaki itu.
“Aku rasa macam terhina cara dia macam tu. Atau benda tu biasa je? Kadang macam dah tawar hati banyak perkara dia sakitkan hati aku.
“Aku je masih buat macam tak ada apa-apa. Aku rasa macam tak nak dah lagi kat dia,” katanya lagi.
Baki wang simpanan tidak mencukupi untuk membayar hutang. -Gambar hiasan
Luahan wanita itu mungkin berniat mengharapkan simpati daripada warga maya, namun rata-ratanya memberi reaksi sebaliknya dengan menegur sikapnya sendiri.
“Jangan berhutang dan meminta. Kau berjalan tu ada pula duit ye. Kena ada common sense la.
“Walaupun kawan kau ‘belanja’ kata kau, sikit sebanyak duit kau ada keluar. Baik kau bayar hutang walaupun RM10. Sikit-sikit lama-lama settle.
“Bayarlah duit dia sikit-sikit kalau tak boleh bayar semua. Memanglah kena perli.
“Kalau dah tak nak dia tu tinggal je la. Tapi sebelum kau tinggal dia, baik kau bayar dulu hutang dia tu,” demikian antara komen warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube