PENANTIAN satu penyeksaan dan proses menunggu itu benar-benar menguji kesabaran.
Begitu juga halnya dengan jejaka ini apabila tahap kesabarannya diuji selepas mengenali seorang wanita yang disukainya selama hampir tiga tahun.
Memasuki tahun ketiga hubungan mereka, dia merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita berkenaan.
Namun hasrat untuk ke fasa seterusnya bersama wanita itu terpaksa ditangguhkan demi mengejar cita-cita.
“Dia minta tangguh untuk meneruskan cita-cita dia nak jadi anggota badan beruniform,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
Mengulas lanjut, katanya wanita itu akhirnya berjaya menamatkan sesi latihan dalam badan beruniform sambil menambah dia turut hadir bagi meraikannya.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka menerima sambutan dingin daripada wanita berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak sekufu seram nak kahwin GF selera besar… Suruh bayar duit kereta, cari bibik lepas nikah – “Gaji dia lagi tinggi daripada saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor janda 2 anak cari calon suami, tak kisah bujang atau duda janji sekufu… Titip nasihat buat budak hingusan komen negatif
“Saya datang ke upacara tamat latihan dan famili dia ada sekali. Tapi saya ni umpama tunggul saja.
“Dia pun layan macam endah tak endah,” ujar pemuda berkenaan.
Jalan terus dan bersangka baik, tanda-tanda Allah dah tunjuk memang tak ada jodoh.
NETIZEN
Bukan sekadar itu, katanya lagi pada hari istimewa wanita yang disukainya itu, dia turut menerima kejutan yang tidak disangka-sangka.
“Dalam kesibukan meraikan bersama kawan-kawan, tiba-tiba ada lelaki yang tamat latihan juga datang pada dia dan beri bunga.
“Saya tengok ramah mesra dia bercakap dengan lelaki itu. Apabila saya tanya, dia cuma jawab kawan-kawan latihan,” jelasnya.
Mencari ketenangan dalam hidup. -Gambar hiasan
Lebih menyedihkan, apabila keluarga wanita itu yang selama ini menjalinkan hubungan baik dengannya turut berubah sikap.
“Family dia ramah dengan saya, tapi sekarang dah tak macam dulu. Adakah saya ni bakal ‘ditendang’?
“Dan adakah dia sudah jumpa cintanya yang sama-sama beruniform, mungkin tak sekufu dengan saya yang hanya kerja ofis biasa-biasa saja,” katanya lagi.
Luahannya itu ternyata meraih simpati dalam kalangan netizen dengan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat.
“Dia pandang rendah pada awak sekarang. Dan cara pembalasan ‘dendam’ yang terbaik adalah upgrade diri menjadi lelaki yang lebih baik agar wanita yang baik-baik juga akan datang dalam kehidupan awak.
“Move on je sebab kalau bertahan, kau akan menempuh satu jalan perhubungan yang toksik bila dia dah masuk tempat bertugas.
“Jalan terus dan bersangka baik, tanda-tanda Allah dah tunjuk memang tak ada jodoh. Hati naluri dapat rasa apa yang akan terjadi, undur diri awal-awal sebelum kecewa pada hari akan datang,” komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube