RSS Suria

Tempurung lutut Cik B retak, perlu tiga bulan tempoh rehat… Vida terkejut dapat khabar ketika di luar negara

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida terkejut selepas dimaklumkan anaknya, Cik B dikejarkan ke hospital akibat kecederaan serius.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata, dia hanya mampu memantau keadaan anaknya itu menerusi penggilan telefon kerana kini sedang berada di luar negara.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pakar di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak mendapati tempurung lutut kaki kiri Cik B retak dan kini sedang menerima rawatan lanjut di wad.

Tempurung lutut kaki kiri Cik B retak.

“Saya terkejut bila dapat berita Cik B dikejarkan ke hospital, waktu itu saya baru sampai di lapangan terbang.

“Kemudian saya terus hubungi pembantu di Malaysia dan doktor beritahu tulang Cik B retak di bahagian kepala lutut.

“Buat masa ini, Cik B masih ditahan di wad untuk pemantauan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta… Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh

ARTIKEL BERKAITAN: Vida simpan hasrat tengok Cik B naik pelamin, mahu timang cucu

Dalam pada itu, mengikut saranan doktor, Vida memberitahu anaknya itu memerlukan tempoh rehat sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Jelas Vida, buat masa ini Cik B perlu menggunakan kerusi roda serta pendakap lutut bagi membantu pergerakan.

“Kalau ikut nasihat doktor, Cik B perlu berehat daripada aktiviti lasak selama tiga bulan.

Vida berada di luar negara atas urusan kerja.

“Jadi buat masa ini Cik B perlu gunakan kerusi roda untuk bantu dia bergerak.

“Cik B juga perlu gunakan pendakap lutut buat sementara waktu,” jelasnya.

Sebelum ini, Cik B dilaporkan terjatuh ketika menyertai permainan sukaneka sempena program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top