MEREKA yang kehilangan insan bernama bapapasti mudah berasa hiba apabila terdapat individu yang prihatin serta mengambil berat.
Menerusi satu hantaran, seorang wanita berkongsi pengalaman menyewa sebuah rumah yang dimiliki bekas pegawai penjara.
Wanita yang enggan mendedahkan identiti ini berkata, sepanjang tempoh lima tahun mendiami rumah berkenaan, dia seolah-olah merasai ‘kehadiran’ bapanya.
“Hubungan saya dengan pakcik tuan rumah ni memang baik, dia macam ayah-ayah. Sangat particular, giving, trust worthy dan disiplin.
Kebanyakan wanita masa kini lebih berdikari. -Gambar hiasan
“Dia bekas pegawai penjara, jadi boleh bayangkan dia punya level disiplin dan tegas tu.
“Tapi dia sangat baik, tahun ni untuk pertama kali dalam tempoh lima tahun menyewa, kami beraya dan jumpa makcik,” ujarnya memulakan cerita.
Kemesraan yang terjalin bagaimanapun terpaksa dileraikan keranadia perlu berpindah keluar pada penghujung Mei.
Justeru, dia memberitahu tentangperkara itu sekali lagi kepada tuan rumahnya melalui mesej di WhatsApp, selepas pertama kali memaklumkannyapada Mac lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Penyewa rasa ‘terpaling’ pandai hias rumah, siap berani jual perabot! Beli baru ikut selera sendiri – “Bagi alasan nak konsep minimalis”
ARTIKEL BERKAITAN:Tuan rumah ‘putar alam’, nak potong deposit baiki atap bocor! Pemuda menyesal sewa kediaman usia ‘jubli emas’
“Pakcik tu hubungi untuk kepastian dan saya macam tercakap keras… dia dengan lembut balas ‘cakap baik-baik dengan acik’ dan sambung bebel.
“Pakcik tu jelaskan tentang prosedur semua dan masa ni saya tak cakap apa-apa tapi air mata dah banjir, berhingus,” luahnya lagi.
Menurut wanita ini, semasa mendengar penjelasan daripada tuan rumah berkenaan, dia tiba-tiba terkenang memori bersama bapanya yang telah meninggal dunia, 16 tahun lalu.
Susah nak jumpa tuan rumah baik terutama sekali Melayu, serius, memang terasa sedih nak pindah.
WARGA MAYA
Lantas perasaan sayu menyelubungi diri dan membuatkan dia tidak berupaya mengawal kesedihan.
Dia yang kini berusia 34 tahun turut mengimbau kebaikan tuan rumahnya sepanjang tempoh menyewa.
“Pakcik ni memang percaya sangat pada saya, lima tahun menyewa… minta apa sahaja, semua dapat.
“Nak cat rumah, pasang jubin dinding dapur, pasang jubin tandas… semua okay dan tolak duit sewa.
Beberapa netizen memuji sikap tuan rumahnya.
“Macam ni ke serba sikit rasa bila ada ayah atau saya terlampau berkhayal,” ujarnya sayu.
Menjengah ke ruangan komen balas, ramai yang menyatakan dia beruntung kerana mempunyai tuan rumah yang baik dan prihatin.
Malah ada yang memintanya supaya terus berhubung dengan warga emas itu supaya ukhuwah terus terjalin.
“Teruskan hubungi ya, masa raya atau hari lahir. Kalau ada majlis apa-apa kat sebelah awak, boleh jemput dia.
“Bab ayah ni memang tak boleh kalau tak menangis. Saya dah dua bulan tak bercakap dengan ayah, bukan sebab bergaduh tapi ayah koma sejak 1 Ramadan.
“Jadi famili angkat terus sis, pergi je ziarah bila-bila masa awak ada kat kawasan sekitar.
“Susah nak jumpa tuan rumah baik terutama sekali Melayu, serius, memang terasa sedih nak pindah,” demikian luahan warga maya.