RSS Suria

Tercapai impian Siti Nurhaliza nak beli kereta mewah Range Rover, peminat tumpang bangga… “Kalau TokTi tunjuk kita boleh terima”

IMPIAN penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk memliki kereta idaman iaitu model Range Rover akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi Instagram, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meluahkan rasa syukur kerja kerasnya selama ini membuatkan hasil apabila berjaya membeli kereta mewah berkenaan.

“Alhamdullillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaru jadi kenyataan dengan usaha dan ini juga rezeki anak-anak saya,†katanya.

Copy of Untitled - 2024-06-14T172556.737 - Copy

Siti berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Bersama kapsyen itu, Siti turut berkongsi video memaparkan dirinya menaiki kenderaan tersebut ditemani anak lelakinya iaitu Muhammad Afwa.

Dalam hantaran tersebut, terpancar riak teruja pada wajah penyanyi nombor satu negara itu saat melihat kereta Range Rover yang bernilai sehingga RM2 juta itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata mengucapkan tahniah atas pencapaian Siti malah ada yang turut memuji sikap bersederhana penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkan kesihatan ibu, peminat puji Siti Nurhaliza siap bawa doktor peribadi bercuti ke Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B beli kereta mewah nombor plat CB111 sempena hari lahir, netizen puji hebat pakai duit sendiri

“Tokti je kalau tunjuk macam ini kami boleh terima. Kalau org lain, kita claim riyal!

“Tokti jarang tunjuk kemewahan, rasanya ini pertama kali dia tunjuk kereta.

“Tahniah Tokti, rezeki anak-anak dam kerja keras Tokti sendiri,†komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top