PENERBIT Erma Fatima terbuka menerima teguran pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung babak drama Bidaah yang mengandungi unsur menimbulkan kegelisahan awam.
Sedar ia menjadi bualan ramai, Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 56, bagaimanapun menegaskan dia tiada niat mempersendakan agama.
Bahkan baginya karya tersebut seharusnya menjadi pengajaran tentang orang dianggap sebagai penunggang agama.
Erma sedar ada babak yang kurang disenangi ramai.
“Saya orang Islam, saya tidak akan berperang dengan Islam. Saya berperang dengan orang yang menunggang agama.
“Apa sahaja saya katakan sekarang mungkin menjadi bahan bualan orang atau dianggap cuba tegakkan benang yang basah namun saya boleh beritahu ia bukan karya sampah,” katanya ketika dihubungi mStar.
Erma menjelaskan hal tersebut sebagai respons kepada kenyataan Jakim tentang pertemuan yang diadakan antara mereka berhubung isu berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:Babak usap janggut guna kaki undang rasa kurang senang netizen, Erma Fatima dah bersedia kena tempias
ARTIKEL BERKAITAN:Babak usap janggut guna kaki ‘trick’ kamera, Faizal Hussein dah jangka kena kecam
Pertemuan tersebut berlangsung pada Jumaat di pejabat Jakim, Kuala Lumpur turut melibatkan wakil Viu sebagai platform yang menayangkan drama berkenaan.
Mengakui khilaf sendiri, Erma terlebih dahulu memotong dua babak seperti yang menjadi bualan hangat di media sosial.
“Sejak isu ini viral saya dah buang dahulu.
Babak lakonan Fazlina juga menjadi bualan ramai.
“Saya tahu akan babak tersebut dibuat dalam drama berkenaan. Orang seni mahu bermetafora. Mungkin teralpa,” ujarnya.
Dua adegan yang disifatkan sensitif adalah babak Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul yang menyentuh janggut Faizal Hussein sebagai Walid menggunakan kakinya.
Selaij itu babak lakonan Fazlina Ahmad Daud yang meminum air basuhan dan mencium kaki Faizal juga diminta dikurangkan.
Jakim dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu telah memanggil produksi drama Bidaah bagi meneliti kandungan drama tersebut merangkumi klip video episod mencetuskan kontroversi selain babak yang belum ditayangkan bagi menilai kesan serta implikasi kandungannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!