RSS Suria

Terkedu hadap seorang budak datang rumah kutip duit raya, tolong minta untuk 2 rakan lain – “Dia balik kejap, acik”

KANAK-kanak merupakan golongan yang paling teruja menyambut Aidilfitri kerana berpeluang menerima duit raya daripada tuan rumah melalui aktiviti ziarah.

Maka tidak hairanlah apabila ada dalam kalangan merekaberpakat sesama rakan untuk beraya darirumah ke rumah untuk ‘mengutip’ duit raya.

Tanpa mendedahkan lokasi kediaman, seorang wanita berkongsi pengalaman beraya di tempatnya sejak dia dan suami berpindah ke situ tiga tahun lalu.

Ramai tetamu berkunjung ke rumah termasuk kanak-kanak. -Gambar hiasan

“Pertama kali budak-budak datang beraya. Pintu rumah memang terbuka, tiba-tiba dengar orang bagi salam ‘Assalamualaikum cik, nak raya‘.

“Belum sempat aku tunjuk muka jengah kat pintu, ada seorang budak cakap ‘Tiga orang, acik“,” katanya mengimbas kembali kata-kata kanak-kanak berkenaan yang mengharapkan pemberian duit raya.

ARTIKEL BERKAITAN:Budak 6 tahun kecewa buka sampul duit raya, mengeluh sebab nilai ‘ciput’ – “Nak tegur, mak dia ada kat situ”

ARTIKEL BERKAITAN:Duit raya baru tukar ‘hilang’ sekelip mata! Wanita ‘korek’ tong roro penuh sampah, sanggup cari dalam air berulat

Dia tanpa berfikir panjang segera mengambil sampul duit raya untuk diberikan kepada kanak-kanak itu.

Pada masa sama, dia tertanya-tanya mengenai keberadaan dua lagi rakan kanak-kanak itukerana dimaklumkan jumlah kesemua mereka adalahtiga orang.

Raya, raya pun budak-budak ni nak scam.

NETIZEN

Di luar rumahnya pula ketika itu hanyalah terdapat seorang kanak-kanak, bukan tiga seperti yang dimaklumkan kepadanya.

“Tapi kat luar ada seorang je, lagi seorang tengah bagi salam kat rumah lain. Budak tu kata ‘Lagi seorang, dia balik kejap acik‘. Boleh pula macam tu,” ujarnya.

Persiapan untuk memberi duit raya kepada tetamu. -Gambar hiasan

Sikap kanak-kanakyang datang beraya ke rumahnya itu kemudian dikongsikan kepada suaminya.

“Masuk rumah aku terus cakap dengan suami, lain cara budak sekarang beraya ek. Memang dah tak nak masuk makan kuih dah.

“Aku speechless sampai sekarang. Lepas ni kena tukar dah ‘Assalamualaikum cik, nak duit raya‘,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ia sebagai salah satu teknik sebahagian kanak-kanak mahu mengumpul duit raya dengan cepat.

“Raya, raya pun budak-budak ni nak scam.

“Ada dua sebab tak nak masuk, kadang dah kembung perut minum air. Ada yang memang tuan rumah belum sedia nak beraya lagi di kawasan bandar, kebanyakannya baru balik dari kampung dan tak sempat menghias. Jadi bagi terus duit raya.

“Ada juga yang budak-budak ni akan masuk rumah, tapi setakat untuk tumpang tandas. Tapi kalau mereka haus, mereka akan minta ‘Kak, ada air tak? Kami haus dah ni, jalan-jalan orang bagi duit je‘,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top