RSS Suria

Teruja terima menantu, restu dan doa ibu iringi rumah tangga Aisyah Aziz dan suami

MENERIMA baik kehadiran ahli keluarga baharu, ibu penyanyi Aisyah Aziz bersyukur anaknya kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya.

Siti Hafiza Basharahil turut mendoakan agar perkahwinan Aisyah bersama Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail berkekalan hingga ke syurga.

“Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa di atas nikmat yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.

Sekitar majlis pernikahan yang dikongsikan pengacara Neelofa.

“Kami menyambut anakanda Mohd Fakhrudin Amir dalam keluarga besar kami diringi doa dan restu semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilindungi Allah sehingga ke jannah,” kongsinya.

Hafiza berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan foto perkahwinan Aisyah dan suami.

Dalam hantaran sama, Hafiza turut mendoakan agar perkahwinan Aisyah dipermudahkan dan berkekalan selamanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa kongsi vlog majlis nikah Aisyah Aziz, tumpang gembira buat abang ipar

ARTIKEL BERKIATAN:Aisyah Aziz sah bergelar isteri, jejaka asal Malaysia pilihan hati

“Buat anakanda Aisyah, walau akan berada jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati dan dalam doa kami,” luahnya.

Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada Dr Amir yang merupakan abang kepada suami pengacara Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail di sebuah masjid di Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top