SETIAP pasangan pengantin pastimahukan majlis perkahwinan yang dilangsungkanberjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Rata-rata mereka mengimpikan majlis sempurna kerana ia akan menjadi kenangan indah sepanjang hayat.
Namun, bagi seorang wanita kemeriahan majlis perkahwinannya bertukar kepada situasi sebaliknyaapabila mendakwa diganggu oleh tetamu ketikaacara memotong kek.
Tetamu bukan sahaja digambarkan sebagai individu sombong, tetapi juga bersikap ‘hamak’ (tamak, terhegeh-hegeh mahukan sesuatu).
Setiap pasangan pengantin mengharapkan majlis perkahwinan berjalan lancar. -Gambar hiasan
“Korang, saya nak cerita Sabtu kelmarin, majlis perkahwinan saya dengan suami sebelah keluarga dia.
“Majlis berjalan lancar tapi ada satu perkara yang betul-betul buat saya geram berlaku waktu saya tengah potong kek nak bagi keluarga kami dulu.
“Tiba-tiba datang seorang perempuan ni, entah dari mana, terus cakap ‘nak ambil kek’ dengan muka sombong sangat. Dia langsung tak tegur kami pengantin,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Hari bahagia bertukar duka, pengantin tumpah air mata terima kek kahwin buruk
ARTIKEL BERKAITAN:Kerja ‘baik pulih’ berjaya! Kek kahwin nyaris runtuh, majlis kurang 24 jam… bekas arkitek kembalikan senyuman bakal pengantin
Paling membuatkan pengantin ini sakit hatiapabila tetamu berkenaan ingin memotong kek perkahwinannya.
“Lepas tu dianak potong kek sendiri, buat macam majlis dia pula. Saya tahan mulut je kalau tak memang jadi hal.
“Dia memang tak ada adab, datang majlis orang kenalah sopan santun sikit,” katanya.
Keluarga suami saya ramai yang tak dapat kek.
PENGANTIN
Jelas wanita itu lagi, dia bukanlah kedekut atauberkira soal makanan sebaliknya kesaldengan sikap tetamu itu yang disifatkan tidak beradab.
“Dia ambil kek banyak sangat, sampai separuh dari kek habis dia ambil.
“Keluarga suami saya ramai yang tak dapat kek, sedangkan kek tu adik ipar saya yang taja. Memang kecewa sangat,” luahnya.
Reaksi netizen
Perkongsian kisahnya itu mendapat perhatian netizen yang menganggapisu tiada adab di majlis perkahwinan sudah menjadi perkara biasa.
“Ramai je perangai macam tu. Pengantin tengah ambil gambar, potong kek sekejap lepas tu bila toleh balik tengok kek separuh dah habis.
“Kek yang diambil tu tengok-tengok tak habis pun dimakan. Tergolek-golek atas meja,” antara komen netizen.