RSS Suria

Tiada duit beli keropok lekor, pemandu e-hailing rayu simpati lelaki… Alangkah terkejut anak isteri di rumah pun dapat habuan!

MEMASUKI tahun baharu 2025 di era digital dan menyambut kedatangan Generasi Beta, mungkin segelintir mempersoalkan tentang apa yang boleh dilakukan dengan RM1?

Tidak dinafikan nilainya kecil, namun percayalah ia sebenarnya mampu mengubah nasib seseorang.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita menceritakan tentang pertemuan antara suaminya dengan seorang pemandu e-hailing di pasar.

Pemandu e-hailing menjadi sumber pendapatan pilihan ramai masa kini. -Gambar hiasan

“Lepas basuh kereta, suami singgah pasar beli keropok lekor. Tiba-tiba ada seorang abang ni tegur suami, minta RM1 sebab nak beli keropok. Dia lapar sangat.

“Tapi suami tak bagi RM1, sebaliknya dia ajak dia pergi beli keropok lekor tu. Memang betul dia cakap dekat penjual tu nak keropok RM1,” katanya menerusi satu hantaran di laman X.

Walaupun tidak meminta lebih, namun kata wanita itu, suaminya membeli keropok lekor daripada apa yang diminta.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing, bayar RM6 dah rasa hebat! Pemandu terkedu diugut penumpang B40 berlagak, simpati bertukar menyampah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing sedih, profil pelanggan gadis kolej guna foto kucing… Berani minta di WhatsApp – “Jangan lupa ya gambar untuk pakcik”

Apabila ditanya mengenai latar belakang, rupanya lelaki yang dibantu suaminya itu bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Pada hari berkenaan tak sangka rupanya tak ada duit nak beli makanan. Si isteri bertanya lagi sebab tak kan tak ada duit langsung, memandangkan dia buat e-hailing.

“Duit yang dia yang dapat semalam sudah bagi pada isteri sebab nak beli barang untuk anak-anak. Jelasnya selalu ada lebih tapi ada hal pula,” ujarnya.

Duit yang dia yang dapat semalam sudah bagi pada isteri sebab nak beli barang untuk anak-anak.

WANITA

Bercerita lanjut, berdasarkan perbualan pemandu e-hailing itu dengan suaminya, difahamkan lelaki itu hanya makan di rumah kerana mahu berjimat.

Duit dibelanjakan untuk keperluan anak-anak. -Gambar hiasan

“Selalu dia makan di rumah, isterinya masak. Balik petang, baru dia makan lagi. Tapi hari tu dia tak tahan sangat, lapar. Badan dia dah letih sangat, itu yang dia minta tolong suami tu.

“Dia ingat nak makan keropok tu untuk dia bertahan agar tak balik ke rumah je,” ujarnya.

Mendengar pengakuan pemandu e-hailing itu, wanita tersebut memaklumkan suaminya meminta lelaki berkenaan meletakkan kenderaannya kerana mahu membawanya ke satu kedai.

“Suami bawa dia pergi beli makanan. Suami belikan untuk anak-anak dan isteri abang tu. Dia telefon isteri, cakap hari ni tak payah masak, ada orang sedekah.

“Alahai kasihannya. Semoga murah rezeki abang e-hailing tu. Dia memang jujur betul nak RM1 sebab nak isi perut untuk balik rumah,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top