RSS Suria

“Tiada istilah menunggang” – Fattah Amin tak jaja kisah peribadi, sudah tertulis rezeki murah selepas bercerai

NAMA pelakon Fattah Amin bagaikan pisang goreng panas selepas dia sah bercerai Oktober lalu sehingga ramai pengusaha produk mahu bekerjasama dengannya sebagai duta.

Syukur dengan setiap rezeki yang datang, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, tidak pernah menganggap ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kisah peribadi hidupnya untuk demi melariskan jualan.

“Saya mencari rezeki yang halal. Jika mereka ambil saya bekerja, saya buktikkan dengan hasilnya. Tiada istilah ‘menunggang’ isu peribadi.

fattah 4

Fattah kongsi rezeki bantu ramai usahawan tempatan.

“Mereka beri saya tawaran kerja dan produk terjual. Itu yang lebih saya fokuskan. Saya ambil tanggungjawab atas setiap kerja diberikan. Rezeki semua sudah tertulis,” katanya kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika majlis sidang media bersama Usanita Entertainment yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Biarpun namanya kini menjadi fenomena, Fattah sedar ada pihak mula kurang senang dan muak apabila tumpuan berlebihan diberikan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin terima ‘LOD’ daripada Fazura, serah pada peguam untuk jawab

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin dah ada kerja tetap, jadi ketua eksekutif pemasaran bisnes makanan

Bagi Fattah sebagai seorang selebriti dia hanya menjalankan tugas diamanahkan dan terpulang kepada persepsi orang ramai untuk menilai dirinya.

“Ini semua rezeki Allah dan sebagai umat Islam kita kena percaya perkara itu. Saya pun tak minta setiap video yang dibuat menjadi FYP. Saya hanya buat sehabis baik untuk setiap tawaran kerja.

“Persepsi masing-masing untuk memberi pendapat dan saya tidak boleh kawal. Ada yang suka dan ada yang tidak. Semua orang ada hak untuk bercakap,” ujarnya.

Rezeki semua sudah tertulis

FATTAH AMIN

PELAKON

Terus mengembangkan kerjaya seninya, Fattah turut dilantik menjadi duta Usanita Entertainment yang mana dia berperanan mempromosikan setiap kandungan digital syarikat berkenaan selain bakal tampil dalam sebuah drama baharu berjudul Aku Cinta Dia.

Bergandingan bersama pelakon Sophia Albarakbah, drama arahan Erma Fatima ini akan menjalani penggambaran di United Kingdom sempena kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0 Oxford pada Februari 2025.

fattah 2

Fattah dan Sophia (kanan) diberi kepercayaan bekerjasama dengan Usanita Entertainment.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, program berkenaan juga bertujuan menggalakkan perbincangan mengenai kepimpinan dan keusahawanan sosial.

“Penerbitan drama bersiri pertama ini adalah bukti kesungguhan kami menjadi perintis dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.

“Usanita Entertainment bertujuan bukan sahaja mempromosikan seni Malaysia tetapi juga memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat secara global,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top