RSS Suria

Tiada kudrat nak melawan, mangsa buli guna taktik ‘halus’ balas dendam… Ambil berus gigi pembuli buat gosok jamban!

RAMAI pelajar yang menuntut di sekolah berasrama pernah berdepan kejadian buli.

Namun mangsa biasanya hanya mendiamkan diri kerana bimbang nasib mereka bertambah malang jika hal itu sampai ke pengetahuan orang lain.

Di TikTok, seorang individu tular selepas dia berkongsi kisahnya yang pernah dibuli di asrama.

Story on student bully incident, picture showing a few student are bullying a other student while recording the incident. Just posing photo by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Mangsa buli pasti berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

Ujarnya, dia tidak pernah melawan secara fizikal, sebaliknya menggunakan kaedah ‘kreatif’ untuk membalas dendam.

“Dulu masa duduk asrama, aku selalu kena buli. Tapi aku tak ada kekuatan nak balas balik.

“Apa yang aku buat, apabila mereka tiada atau asrama kosong, aku ambil berus gigi mereka, aku cuci mangkuk jamban.

Kadang-kadang aku ludah dalam syampu mereka… benda boleh balas, buat apa nak diam.

MANGSA BULI

“Aku celup-celup dalam air jamban tu. Selagi mereka buli aku, selagi tu aku buat cuci mangkuk tandas,” ujarnya.

Menurut pengadu lagi, perkara itu membuatkan dia gembira, sekali gus mengubati kesakitan yang dialami akibat dibuli.

“Apabila waktu pergi tandas, aku nampak mereka guna berus gigi tu. Aku rasa bahagia dan gembira gila. Jamban pun ‘guna’ berus gigi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam membara! Mangsa dakwa buli di asrama jadi budaya, guru dan warden pun tak boleh harap – “Taufiq nama dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedih anak darjah 2 dibuli rakan sekelas, kena ‘pulau’ sebab tak fasih cakap Melayu… Cikgu tanya pun buat muka ‘blur‘

“Kadang-kadang aku ludah dalam syampu mereka. Benda boleh balas, buat apa nak diam,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu menerima lebih 119,000 tontonan dan dihujani pelbagai komen netizen.

Malah, ramai mangsa buli turut berkongsi perkara yang dilakukan mereka untuk membalas dendam ketika zaman sekolah.

toilet 2

Berus gigi pembuli digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas. -Gambar hiasan

“Betul, aku pernah kencing dalam raga barang mandi mereka, siap kena span badan mereka.

“Aku kena buli juga, kasut selipar mereka aku baling atas bumbung asrama waktu malam.

“Pernah buat juga, picit ubat gigi mereka sampai habis. Gosok jamban guna berus gigi mereka.

“Lapor pada warden atau cikgu pun tak guna. Bagus juga balas macam tu sebab tak mampu balas secara fizikal,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top