SELEPAS 10 tahun terlibat dalam perniagaan, pelakon dan usahawan Zoey Rahman tidak lagi memilih mengikuti trend pemasaran murahan dalam memperkenalkan produk terbaharunya kepada orang ramai.
Sebaliknya, Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 40, sanggup berbelanja sebanyak RM100,000 untuk menghasilkan sebuah studio agar memudahkan dia bersiaran langsung dan berinteraksi bersama pengikut.
Dia yang kini fokus kepada produk penjagaan badan juga tidak menyangka pelaburan dilakukan menerima reaksi sangat positif daripada pengikut dan pembeli.
Zoey sanggup berlabur duit demi pikat hati pengguna.
"Jom main masak-masak sambil packing parcel. Itu idea yang terkeluar dari kotak fikiran saya sewaktu memikirkan bagaimana bentuk interaksi dan cara marketing berbeza yang perlu saya lakukan untuk produk baru saya.
“Saya juga memilih konsep mini mart & cafe dengan sentuhan retro dan gabungan warna pastel sebagai daya tarikan ,” katanya.
Menurut Zoey, ramai menyangka dia menggunakan seperti green screen atau teknologi kecederasan buatan (AI) namun sebenarnya kesemua props yang digunakan adalah peralatan sebenar.
ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman terkejut terima berita sepupu maut nahas bas UPSI, arwah seorang pendiam dan bijak
ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman cemburu tengok kebahagiaan rakan bersama keluarga, ingin tamatkan zaman bujang
“Saya memang nak cipta pengalaman siaran langsung yang lebih seronok dan rata rata dari pengikut yang menonton live saya akan request dan tunggu saya mula main masak masak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zoey memberitahu corak pemasaran masa kini sangat berbeza ketika dia memulakan perniagaan suatu ketika dahulu.
Katanya, dia perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini kerana enggan ketinggalan dalam setiap perkara.
Zoey akui dunia perniagaan banyak cabaran.
"Saya membuat persediaan awal sewaktu masih aktif dalam dunia hiburan kerana saya memikirkan apa akan jadi pada masa depan. Walau bagaimanapun bidang perniagaan bukan lah sesuatu yang mudah,” ujarnya.
Lebih menarik lagi, Zoey memberitahu dia juga akan mengambil pendekatan berbeza dengan mengambil seseorang istimewa sebagai wajah utama jenama tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube