HASRAT peserta program realiti One In A Million (OIAM) iaitu Mariam berentap di final terkubur apabila dia tersingkir pada peringkat separuh akhir pada malam Ahad.
Persembahan Mariam menerusi lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah tidak mempunyai pesona sebagai seorang penyanyi.
Kata juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Mariam tidak mempunyai personaliti dan gaya tersendiri dalam nyanyian.
Persembahan mariam gagal mendapat perhatian juri.
“Saya nampak persembahan awak minggu ke minggu tak ada masalah sebab awak seorang guru vokal.
“Cuma di peringkat ini saya tidak nampak lagi originaliti awak. Saya rasa awak masih tercari-cari lagi.
“Awak tak boleh buat seperti Siti Mariam (nama sebenar), saya nak nampak pesona yang lain. Mariam the superstar. Sebagai seorang performer awak terlupa penonton awak,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Eylia Guntabid tersingkir minggu keenam OIAM
ARTIKEL BERKAITAN: Yusry menyesal beri imuniti, Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir minggu keempat OIAM
Dalam pada itu, peluang yang diberikan kepada Mariam untuk segmen battle bersama seorang lagi peserta di tempat kedua terakhir iaitu Jimi turut tidak berhasil.
Pilihan lagu Jagalah Hati nyanyian Jaclyn Victor sekali lagi gagal mendapat perhatian para juri.
Mengakui perlu membuat pilihan yang sukar, barisan juri bagaimanapun sepakat memilih Jimi untuk ke peringkat akhir.
Mariam tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 daripada pihak penganjur.
Sementara itu, empat peserta OIAM berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir termasuk Kai Deva, Mary Grace, Zazzleen dan Jimi.
Jimi (kiri) berjaya menewaskan Mariam dalam segmen penentuan.
Membawa tema Melodi Cerita Kita, konsert separuh akhir OIAM turut diserikan dengan persembahan penyanyi undangan iaitu Amy Search.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
OIAM bersiaran langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam di hoskan oleh Haniff Hamzah serta Fiza Frizzy.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!