RSS Suria

Tiada tawaran berlakon bukan benda pelik, Chew Kin Wah sedar diri sudah tua

SEMUA tahu industri perfileman tempatan kurang menghargai pelakon veteran sehingga ramai yang tidak mempunyai tawaran atau diberi bayaran tidak setimpal dengan pengalaman mereka.

Bagi pelakon Chew Kin Wah, 60, dia menganggap ia perkara biasa apatah lagi pelakon berbangsa Cina sepertinya tawaran berlakon dalam filem dan drama berbahasa Melayu lebih terhad.

“Kalau tak fasal saya sudah berusia pun memang tak banyak tawaran berlakon sebelum ini! Inikan sekarang sudah tua, lagilah tak banyak.

size NP 1 (10)

Chew akui kurang dapat tawaran kerja.

“Pelakon veteran Melayu pun sudah tak banyak dapat tawaran apatah lagi saya yang berbangsa Cina ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Chew sentiasa bersikap positif dengan situasi dilaluinya dan menganggap sudah tiba masanya dia lebih banyak berehat pada usia sekarang.

Malah katanya, jika tiada sebarang tugasan dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

“Umur saya sudah 60 tahun, usia orang bersara! Bila tiada kerja, saya biasanya duduk di rumah sahaja bersama keluarga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hanya pakai spender, Chew Kin Wah terbuka tayang tubuh menerusi ‘Lubuk’ – “Asalkan bukan pornografi”

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sudah berhijrah ke Indonesia, Chew Kin Wah banyak terlepas tawaran – “Saya masih pegang pasport Malaysia”

Dalam perkembangan lain, Chew bakal memasuki set penggambaran filem Abah Saya Uncle Mike yang dijangka ditayangkan bersempena Hari Malaysia pada 16 September depan.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar tengang seorang lelaki berbangsa Cina iaitu Michael Tong Wai Siong atau Uncle Mike yang membesarkan tiga orang anak angkat berbangsa Melayu.

Walaupun berbeza agama, Uncle Mike berjaya membesarkan ketiga-tiga anak lelakinya itu dengan sempurna selain menitikberatkan soal pendidikan agama Islam.

size NP 1 (11)

Chew anggap industri perfileman Malaysia tidak seperti di barat.

Kisah Uncle Mike dan tiga anak lelakinya turut menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat sehingga tular sebelum ini.

Malah Uncle Mike, 56, juga menjadi perhatian apabila menerima anugerah ketokohan bersempena sambutan peringkat kebangsaan Maulidur Rasul 1446H/2024 pada 16 September tahun lalu.

Selain Chew, karya itu turut membariskan pelakon seperti Andy Teh, Umar Shakur, Merah Muhaimin dan Idan Aedan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top