RSS Suria

Tiba-tiba ada ‘cuti peristiwa’, cikgu tegur ibu bapa pontengkan anak pada Hari Guru… Kecewa isu tak mampu bagi hadiah jadi alasan

TANGGAL 16 Mei sentiasa menjadi ingatan buat warga pendidik kerana tarikh itu diiktiraf sebagai Hari Guru.

Menjadi lumrah setiap kali 16 Mei, para pelajar akan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan buat guru masing-masing.

Namunterdapat ibu bapa yang mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah pada hariberkenaan kerana enggan terbebandengan amalan memberi hadiah.

Guru mengajar dengan ikhlas tidak pernah mengharapkan balasan. -Gambar hiasanGuru mengajar dengan ikhlas tidak pernah mengharapkan balasan. -Gambar hiasan

Hal itu mengundang rasa kurang senang golongan guru apabila hari untuk meraikan pendidik dianggap membebankan.

“Kenapa perlu sampai nak cutikan anak sempena Hari Guru atas alasan tak mampu nak bagi hadiah walau sebiji gula-gula?

“Tahukah ibu bapa, ada berpuluh hingga beratus murid yang tak bagi hadiah,” kongsi seorang guru.

ARTIKEL BERKAITAN:Sempena Hari Guru, kenal pasti ciri-ciri pendidik dikenang sepanjang zaman… anda juga boleh contohi sikap mereka!

ARTIKEL BERKAITAN:Anak balik sekolah, ibu sakit kepala! Rezeki guru dapat hadiah rare, pemberi ikhlas tiada niat perli – “Cikgu pun macam mama, hari-hari pening”

Tambah guru wanita terbabit, para pendidik tidak mempunyai sebarang masalah jika tiada pelajar yang memberikan mereka apa-apa hadiah.

“Tak wajib dan bukan keperluan pun. Cikgu pun tak pernah ambil pusing.

“Yang buat kami rasa terharu dan sebak, ada murid benar-benar miskin dan susah sanggup hulur hadiah.

Kita tak kisah pun dapat hadiah atau tidak, yang penting anak murid ingat dan ucap… tu sangat bermakna.

GURU

“Asbab itu kami hulur padanya salam berisi ringgit tanda cinta dan kasih,” katanya.

Dalam pada itu ada netizen berpandangan hadiah hari guru menjadi isu kerana sikap segelintir ibu bapa yang suka mencipta sensasi.

“Ada ibu bapa memang suka buat isu, walhal cikgu tak minta dan tak kisah pun pasal hadiah.

Reaksi netizen.Reaksi netizen.

“Kemudian isu itu menjadi besar dan wujudlah komen negatif secara berjemaah.

“Kita tak kisah pun dapat hadiah atau tidak, yang penting anak murid ingat dan ucap… tu sangat bermakna.

“Apabila wujud isu macam ni, mulalah yang lain tuduh cikgu nak hadiah, wajibkan hadiah, nak hadiah mahal-mahal,” kata netizen.

Scroll to Top