RSS Suria

Tiba-tiba rumah bergelap, terasa panas… Rupanya awal pagi mak mentua tutup suis elektrik! – “Dia marah suami belum bayar bil”

SEORANG wanita melahirkan rasa sedih dan kecewamengenai sikap ibu mentuanya yang dianggap tidak bertimbang rasa.

Menurut satu luahan di media sosial, ibu mentuadidakwa menutupbekalan elektrik di rumahnya hanya kerana si suami gagal melunaskan bil pada bulan berkenaan.

Menurut pengadu, ibu mentuanya langsung tidak mempedulikan keadaan cucunya yang masih kecil hidup dalam gelap dan kepanasan.

Seorang wanita sedih dengan tindakan mentuanya sendiri. -Gambar hiasan

“Pagi-pagi hari mak mentua dah tutup bekalan elektriksebab marah suami saya belum bayar bil kepada mak bulan ni.

“Walhal dia tahu dalam rumah ni ada cucu yang masih kecil-kecil. Dia suruh tutup juga bekalan elektrik. Bahana tinggal sebelah rumah mentua,” katanya.

Kejadian ini semakin menyakitkan hatiapabila dia dan suami tinggal di rumah pusaka yang hampir roboh akibat serangan anai-anai.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyewa tinggalkan bil elektrik tertunggak lebih 20K! Ramai salahkan tuan rumah, ada yang kata kifarah sebab beli kediaman tujuan bisnes

ARTIKEL BERKAITAN:Bil elektrik melambung sebab guna aircond, pengering… Ini 5 kaedah kurangkan kos bulanan

Lebih menyedihkan, suaminya yang kini sedang menghadapi masalah kewangan sebelum ini memikul tanggungjawab besar untuk membantu adik beradik.

“Selama ni pun suami saya yang sara adik-beradik dia. Ni dia tengah susah, tak boleh ke bertimbang rasa?

“Entah la, saya doakan semua adik-beradik dia rasa apa yang abang mereka rasa,” jelasnya lagi yang kecewa dengan tindakan keluarga mentua.

Tak ada ke sikit rasa belas ihsan datuk nenek dengan cucu-cucu?

NETIZEN

Dalam masa sama wanita itu turut berharap mereka akan segera mendapat rumah sewa memandangkan kediaman pusaka tempat mereka tinggal sekarang inisemakin uzur.

Netizen yang membaca kisah ini turut meluahkan rasasimpati dengan nasib dihadapi pengadu.

Rata-rata daripada mereka juga turut memberikan cadangan yang boleh dilakukan wanita ini untuk meringankan bebanan ditanggung.

Komen beberapa netizen di media sosial.

“Pergi la pusat zakat. Sekarang ni nak dapat bantuan rumah sewa senang. Suami ambil je cuti satu hari.

“Sampai hati mentua. Tak kasihan ke dengan cucu-cucu. Kalau saya jadi awak, saya paksa suami pergi (keluar rumah) sekarang juga.

“Tak ada ke sikit rasa belas ihsan datuk nenek dengan cucu-cucu. Ya Allah, jadikan kita manusia yang sentiasa ada hati perut terhadap insan lain,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top