RSS Suria

Tiga guru wanita rancak mengumpat anak murid, siap gelak sambil makan di kedai… Paling sedih sampai hina punca rezeki bapa pelajar!

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas terdengar perbualan tiga guru muda yang sedang menikmati hidangan makan tengah haridi sebuah premis sekitar Melawati, Kuala Lumpur.

Menurut wanita itu, guru-guru wanita berkenaan dilihat berbual sambil ketawa tanpa menyedari perbualan mereka didengari orang sekeliling.

“Kepada cikgu muda yang menghabiskan masa makan kau tadi mengata anak murid kau, satu je saya nak pesan… pergi cari kerja lain dan jangan jadi cikgu.

Seorang wanita menceritakan semula pengalaman terdengar perbualan tiga guru. -Gambar hiasan

“Buat lawak tentang pelajar kau yang ayah dia ada kedai cuci kereta, tudung anak murid kau ke belakang dan macam-macam lagi.

“Sakitnya hati saya dengar tadi. Mulut memang jahat. Habis semua anak murid kau, kau gelakkan dan ada yang menghina,” ujarnya dalam satu hantaran di media sosial.

Kata wanita itu, apa yang berlaku membuka matanya tentang realiti segelintir pendidik yang tidak menunjukkan teladan baik.

ARTIKEL BERKAITAN:Dari sekolah rendah sampai masuk IPT, gadis rimas cikgu anak 5 tak putus asa mengurat… Selalu puji cantik, ajak keluar makan

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu hampir dibuang sekolah, cikgu bangga anak murid dapat A- dalam SPM… Terkilan murid temui ajal sebelum rai kejayaan

Dalam luahan tersebut, rata-rata netizen turut memberi respons kerana terkejut dan tidak menyangka mengenai sikap yang ditonjolkanketiga-tiga guru tersebut.

Menjawab pertanyaan warganet mengapa dia tidak menegur terus guru-guru tersebut, wanita itu berkata dia terlalu marah dan sedih ketika kejadian berlaku.

“Masa tu saya sangat marah dan sedih. Saya fikir kalau la anak saya jadi bahan jenaka.

Sekarang kerjaya seorang cikgu bukan lagi pasion… asal boleh dapat gaji saja.

NETIZEN

“Tapi saya tahu, cikgu-cikgu anak saya baik. Saya tak rasa boleh kawal marahkalau saya tegur. Saya masuk ke pejabat dan menangis sebab sedih sangat,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanyaturut kecewa dengan sikap segelintir guru.

Bagi mereka, seorang guru seharusnya menjaga adab serta etika sebagai pendidik anak bangsa.

Komen netizen pada hantaran asal.

“Itu belum dengar dekat bilik guru lagi. Patut masa tu sembur (tegur)je sis.

“Sekarang kerjaya seorang cikgu bukan lagi pasion. Asal boleh dapat gaji saja.

“Ramai pelajar saya bekerja. Ada yang bakal duduki Sijil Pelajaran Malaysia. Sebab kekangan duit daripada keluarga.

“Tapi saya tak pernah mempersenda fasal mereka. Saya faham mereka bukan saja-saja nak kerja,” ujar beberapa netizen.

Scroll to Top