RSS Suria

Tiga hari tayangan, ‘Zim Zim Ala Kazim’ berjaya kutip RM1 juta

HANYA selepas tiga hari tayangan, filem Zim Zim Ala Kazim berjaya mecatatkan kutipan sebanyak RM 1 juta.

Pengarahnya, Mawi atau Asmawi Ani, 42, menganggap keputusan untuk menayangkan filem ini di pawagam adalah satu tindakan tepat dan berbaloi.

Malah dia tidak menyangka filem kedua arahan dan terbitannya itu menerima respon positif penonton di media sosial sejak ditayangkan.

53731047044_d35d6892d8_z

Ustaz Kazim dan Mawi ketika sedang menjalani penggambaran filem Zim Zim Ala Kazim.

“Alhamdulillah, pertama sekali saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini. Ternyata sambutan yang diterima sangat baik sehingga meraih kutipan yang tinggi di pawagam.

“Malah, komen-komen diberikan oleh mereka yang sudah menonton juga sangat positif dan saya rasa ia antara faktor filem ini mendapat sambutan,†ujarnya.

Dia juga berharap agar filem berkenaan akan terus mendapat sambutan hangat di pawagam selain kutipan Zim Zim Ala Kazim terus meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kazim Elias sedia kena kecam, letak 2 syarat sebelum terima tawaran berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Kazim Elias letak syarat berlakon ‘Zim Zim Ala Kazim’, darah mengalir keluar ketika di lokasi penggambaran

“Selain mengarah dan berlakon, saya juga bertindak sebagai penerbit dan pastinya harapan saya agar kutipan filem ini terus meningkat.

“Apapun saya tetap berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong filem ini, kepada yang belum menonton pula cepat-cepatlah ke pawagam,†ujarnya.

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan tentang pendakwah popular, Datuk Mohd Kazim Elias yang pernah terkena penyakit misteri akibat disihir.

Mengangkat Ustaz Kazim sebagai teraju utama, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Bell Ngasri, Anas Tahir, Mawi, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top