MALANG bagi seorang pemuda apabila terpaksa hidup berjiran dengan individuyang tidak bertimbang rasa dengan orang sekeliling.
Menerusi luahan di media sosial, pemuda itu berkata dia begitu terkesan dengan kucing-kucing peliharaan jiran di sebelah rumahnya kerana ia dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan.
“Rumah aku jenis semi-D, jadi berkongsi dinding dengan jiran sebelah. Jiran aku sebelum ni duduk rumah kampung dan kemudian menyewa sebelah rumah aku.
“Masalah aku dengan jiran ni, dia bela kucing jenis lepas macam kat kampung,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Seorang wanita bermain dengan kucing peliharaannya. -Gambar hiasan
Bercerita lanjut, dia berkatabermula dengan seekor kucing kemudian haiwan peliharaan jirannya itu membiak sehingga beranak-pinak.
Namun jumlah kucing tidak menjadi isu sebaliknya sikapjirannya membiarkan si bulus memasuki kawasan kediamannya dengan bebas menjadi persoalan.
ARTIKEL BERKAITAN:Jiran naik lemak, tiap kali hujan minta tumpangkan anak ke sekolah… Suami sendiri goyang kaki di rumah
ARTIKEL BERKAITAN:Tak gembira masuk rumah baharu… Jiran pasang ‘awning’ ceroboh kawasan, risau jeriji tajam kena kepala
“Sampai la jadi sembilan ekor dalam satu masa. Kucing-kucing ni berak, kencing depan rumah aku tu satu hal.
“Kemudian habis kereta aku calar-balarkena cakar dengan kucing jiran ni. Paling aku naik angin apabila keretayang baru dicat dicakar kucing.
“Kereta baharu pun kena siap pakej berak atas bumbung,” ujarnya.
Paling aku naik angin apabila keretayang baru dicat dicakar kucing.
JIRAN
Keadaan itu mengundang bau busuk di sekitar rumahnya.
“Lama-lama rumah aku ni jadi macam zoo kucing dah. Malu kawan-kawan nak datang rumah dengan bau busuk tahi kucing,” katanya.
Tidak tahan dengan perkara itu, dia tampil bersemuka dengan jirannya.
“Aku membebel depan pintu yang sebelah dengan jiran. Aku cakap, bela kucing kalau tuan tak ada otak susah juga. Tup-tup dalam minggu tu dah tak nampak kucing-kucing tu.
Pemilik kereta memastikan kenderaannya dalam keadaan baik. -Gambar hiasan
“Ingatkan dah selesai masalah kucing ni. Tapi sebelum puasa hari tu, isteri jiran bawa balik satu sangkar besar kucing dengan kucing-kucing sekali. Dah sebulan lebih aku sabar sebab bulan puasa,” jelasnya lagi.
Tidak cukup sekadar itu, ketenteramannya tergugat apabila jiran bertindak memasang loceng pada leher setiap kucing-kucingnya.
Walaupun ia bertujuan untuk memaklumkan kucing-kucing tersebut mempunyai pemilik, namun bunyi bising loceng tu mengganggu hidupnya.
“Makin sakit hati pula apabila bunyi loceng tu dalam kawasan rumah aku. Pelik aku dengan jiran yang tak ada common sense ni. Ayah mentua aku pernah tanya si jiran ni, kucing siapa yang banyak-banyak ni.
“Jiran hanya cakap itu bukan kucing dia. Aku dulu pun bela kucing tapi tahu lah perangai pengotor macam tu,” katanya kesal.