BARU latihan skala satu tapi dah pecah tingkap!
Itulah yang dialami beberapa penduduk Kampung Padang Wahid di Langkawi, Kedah apabila tingkap kediaman mereka pecah ketika sesi latihan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
Pemandu pelancong, Hizam Nadzri, 44, memaklumkan lebih 50 keping tingkap nako rumahnya pecah ketika latihan bom dilakukan sekitar pukul 8.50 pagi Ahad.
LIMA’25 berlangsung pada 20 Mei hingga 24 Mei 2025.
Bercakap kepada mStar, dia berkata jarak rumah setingkatnya itu dengan lokasi latihan tidak sampai 500 meter.
“Ketika kejadian kami berada di luar rumah untuk menyaksikan latihan LIMA’25, ketika bom tu meletupjiran menjerit tingkap rumah pecah.
“Menang terkejut, sebab sepanjang kami tinggal di sini sudah beberapa kali LIMA diadakan tetapi tidaklah sampai tingkap pecah,” katanya ketika dihubungi.
ARTIKEL BERKAITAN:TUDM sahkan pesawat Hawk tergelincir ketika latihan LIMA ’25
Hizam berkata, impak bom itu juga menyaksikan beberapa jiran tetangga termasuk adiknya turut berdepankejadian serupa.
“Kami telah mengambil langkah yang disarankan seperti membuat laporan polis dan memaklumkan kepada pihak penganjur.
“Sama ada akan diberi pampasan itu saya tidak pasti, tapi saya difahamkan mungkin ada,” katanya, menganggarkan kerugian yang dialamibernilairatusan ringgit.
Memang ada peruntukan untuk baiki rumah orang awam rasanya.
NETIZEN
Tambahnya, berdasarkan hebahan awal, kekuatan latihan bom itu adalah di tahap satu.
“Baru tahap satu, kami dimaklumkan pada hari pembukaan nanti skala tiga, tahap yang lebihkuat,” katanya.
Dia dalam pada itu turut memaklumkan terdapat beberapa pihak mendakwa kejadian itu disebabkan latihan jet pejuang.
“Ada laporan menyatakania berpunca daripada jet, sebenarnya tidak, ia disebabkan latihan bom,” katanya.
Adiknya, Farini Nadzri pada Ahad, menerusi perkongsian di TikTok menunjukkan keadaan kediamanyang rosak didakwa akibat latihan tersebut.
Reaksi netizen
Perkongsian itu tular dengan orang ramai meminta mereka sekeluarga membuat laporan bagi mendapatkan pampasan.
“Buat laporan nanti mereka akan datang bagi pampasan. Memang ada peruntukan untuk baiki rumah orang awam rasanya.
“Claim la kak jangan tak claim kita tak rugi pun kalau claim,” antara komennetizen.
LIMA’25 dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi, Kedah.
Pameran ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.