RSS Suria

Tom ada sebab jarang ‘update’ fasal anak tiri, teringin berjumpa bekas isteri Fuad

GARA-GARA jarang memuat naik foto anak-anak tiri, penyanyi Tom dituduh mempunyai masalah dengan bekas isteri suaminya iaitu Fuad Rahman.

Menjelaskan salah faham itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, sejak mendirikan rumah tangga dengan Fuad, dia diterima baik malah sering menghabiskan masa bersama setiap kali pulang ke Singapura.

Jelas Tom, dia jarang memuat naik foto mereka kerana menghormati privasi selain anak-anak tirinya sudah meningkat dewasa.

fuad tom 1

Tom hormati keluarga dan anak-anak Fuad.

“Mereka di Singapura dijaga oleh ibu mereka. Bila kami ke sana barulah keluar bersama.

“Lagipun mereka sudah besar dan sibuk luangkan masa bersama kawan-kawan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tom berkata dia kerap berhubung dengan anak-anak tirinya di media sosial malah menyifatkan hubungan mereka mesra apabila bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom dituduh tak jaga pantang, rimas pakai baju tanpa lengan – “suami siap upah bidanâ€

ARTIKEL BERKAIYAN: Tom selamat bersalin bayi perempuan secara pembedahan, beri nama anak keempat Anggun

Katanya lagi, mereka juga memanggilnya dengan gelaran ‘Mama Tom’ dan menganggap mereka seperti rakan baik.

“Mereka panggil saya Mama Tom, bila bersembang dengan mereka macam kawan-kawan. Mereka terima saya dengan baik.

“Kami pun selalu berhubung melalui media sosial cuma tidak ada berpeluk bagai kerana sudah besar semuanya,” kongsinya.

Bagaimanapun, Tom mengakui dia masih belum berkesempatan bertemu dengan bekas isteri suaminya itu sepanjang hampir dua tahun berkahwin dengan Fuad.

Memang teringin sangat nak jumpa dia tapi belum ada kesempatan.

TOM

PENYANYI

“Saya cuma belum sempat jumpa bekas isteri Fuad, selalu hanya dapat sampaikan salam melalui anak-anak.

“Memang teringin sangat nak jumpa dia tapi belum ada kesempatan lagi,” katanya lagi.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

tom 12

Fuad akrab dengan dua orang anak tirinya.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu Anggun yang dilahirkan pada Febrari lalu.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top